Penyanyi, Khai Bahar meminta orang ramai untuk tidak percaya dengan video promosi produk yang telah menggunakan wajah dan suaranya.
Jelas Khai, video tersebut telah menggunakan wajah dan suaranya dengan janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ia dilakukan tanpa sebarang kebenaran.
"Ada satu video yang guna muka dan suara saya, di buat menggunakan AI. Memang sebiji sangat untuk buat video promosi produk kesihatan.
“Yang tak bestnya, dekat atas tu ada layer gambar yang boleh buat orang fikir pelik. Macam tak sepatutnya. Boleh buat orang salah faham,”katanya.
Khai turut merayu kepada peminat dan orang ramai supaya membantu membuat laporan terhadap video berkenaan agar ia segera dipadamkan.
Pelantun lagu Luluh itu menjelaskan bahawa bukan dirinya sahaja menjadi mangsa penyalahgunaan AI tersebut, malah beberapa tokoh lain turut digunakan.
“Kami minta tolong korang semua report, DM atau buat apa saja yang boleh untuk minta mereka take down video-video tu.
“Dalam tu bukan muka Khai saja. Ada Ustaz Kazim, ada doktor, dan ramai lagi yang mereka gunakan tanpa izin.
“Mereka buat tanpa minta izin apa-apa pun, muka saya pun ada beberapa kali dalam video tu, memang sebiji,” jelasnya.