Skip to main content

Hiburan

Jadi Satu-Satunya Wakil Malaysia, Sofea Shra Siap Pakaikan Huda Kattan Baju Kebaya

Astrogempak SOFEA

Sekilas

  • Sofea Shra teruja dan gementar apabila dijemput menghadiri acara eksklusif bersama pengasas Huda Beauty, Huda Kattan.
  • Dia bangga menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang dipilih untuk sesi one-to-one dengan Huda dalam acara yang dihadiri 400 orang.
  • Sofea mempamerkan Baju Kebaya kepada Huda, yang memuji kecantikan dan keanggunan wanita Malaysia sebagai sangat eksklusif dan royal.

Personaliti media sosial, Sofea Shra menyorot perhatian netizen selepas berkongsi momennya berjumpa dengan pengasas jenama produk kecantikan, Huda Beauty iaitu Huda Kattan. 

Menurut Sofea, dia berasa sangat gementar dan teruja sebaik menerima jemputan eksklusif untuk menghadiri acara bersama pengasas Huda Beauty itu.

“Saya sangat nervous dan juga teruja dah sebulan. Masa saya mula-mula dapat jemputan, saya rasa tak percaya to the point macam rasa nak muntah sebab saya sangat nervous sebab peluang ini rasa akan jadi kat orang lain seperti bukan rakyat Malaysia atau Southeast Asia yang akan terpilih,” katanya. 

Tambah Sofea, dia turut berasa bangga apabila dipilih sebagai satu-satunya wakil dari Malaysia dalam acara berprestij tersebut.

“Sebab Huda Beautykan is known worldwide, so to be selected as the only one untuk mewakili Malaysia memang sangat mustahil. 

“Akan ada 400 orang yang datang ke event, tapi hanya 20 orang yang dapat one-to-one dengan Huda, dan saya salah seorang,” ujarnya.  

Lebih mencuri perhatian, Sofea turut mengambil peluang memperagakan pakaian tradisional Malaysia kepada Huda dengan menggayakannya dalam busana Baju Kebaya.

Momen tersebut turut mendapat reaksi positif daripada Huda yang memuji kecantikan serta penampilan wanita Malaysia.

“Saya rasa wanita Malaysia nampak sangat mahal. Mereka nampak sangat elegan dan eksklusif, bukan?

“Saya selalu tengok video wanita Malaysia dan mereka kelihatan sangat elegan serta seperti golongan diraja. Mereka semua nampak macam royal,” kata Huda.

Sumber: Instagram Sofea Shra

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement