Sekilas
- DOLLA akan mewakili Malaysia di The A Festival Paris pada 24 dan 25 Oktober 2026, memperkenalkan muzik pop moden Malaysia ke pentas antarabangsa.
- Penganjur festival memuji DOLLA sebagai kumpulan yang berani dan kreatif dengan jutaan peminat di Asia Tenggara.
- Festival ini menjadi platform penting untuk DOLLA memperluaskan pengaruh muzik Malaysia di peringkat global dan mengukuhkan industri muzik tempatan.
DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24 & 25 Oktober 2026.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pihak penganjur menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.
"DOLLA merupakan antara kumpulan yang mencorakkan evolusi muzik pop moden Malaysia menerusi persembahan bertenaga, kreativiti yang berani dan identiti seni yang unik.
“Trio ini terus mencipta kejayaan dengan meraih jutaan peminat, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara kumpulan pop paling berpengaruh di Asia Tenggara,” kata pihak penganjur.
Festival ini juga menghimpunkan artis, peminat dan pemain industri dari seluruh dunia, sekali gus menjadi platform buat DOLLA memperluaskan lagi pengaruh muzik Malaysia di peringkat global.
Penyertaan itu dilihat mampu memperkenalkan bakat tempatan kepada khalayak global selain memperkukuhkan lagi kedudukan industri muzik Malaysia di persada antarabangsa.