Skip to main content

Selebriti

Jaga Batas Bersalaman, Wany Hasrita Pilih Pakai Sarung Tangan - “Selagi Boleh Elak, Kita Elak…”

Wany Hasrita

Sekilas

  • Wany Hasrita mengambil inisiatif memakai sarung tangan ketika bersalaman dengan individu berlainan jantina bagi menjaga batas dan menghormati pendirian masing-masing.
  • Pengalaman berurusan dengan wakil syarikat Korea Selatan membuatkan Wany lebih sedar tentang pentingnya persediaan tersebut dan pihak syarikat juga memahami keputusannya.
  • Wany menegaskan tindakan memakai sarung tangan adalah pilihan peribadi tanpa niat menghakimi sesiapa, sebagai usaha mengurangkan bersalaman dalam situasi tertentu.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Wany Hasrita mengambil inisiatif untuk mengenakan sarung tangan sekiranya perlu bersalaman dengan individu berlainan jantina terutama bagi penganjur atau tetamu dari luar negara sewaktu menghadiri acara tertentu.

Menurut Wany, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, tindakan itu dilakukan untuk menjaga batas tanpa menyinggung perasaan orang lain yang menghulurkan tangan untuk bersalaman lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan kerja.

Advertisement

“Sebenarnya, saya serba salah juga nak ulas mengenai perkara ini, bagi saya masing-masing mempunyai pendirian dan pilihan sendiri.

“Tetapi, secara jujurnya saya pun faham situasi. Kadang-kadang kita susah juga nak tolak untuk bersalaman terutamanya apabila mereka menghulurkan tangan sebagai tanda hormat,” katanya.

Wany berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton drama vertical Impian Di Seoul bersempena Malaysia International Film Festival (MIFFest) Ke-9 2026 yang berlangsung di MyTown, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Wany yang juga merupakan duta mi segera popular dari Korea Selatan, Nongshim ini berkata pengalaman berurusan dengan wakil syarikat itu yang membuatkan dirinya menyedari tentang persediaan tersebut.

Namun Wany juga bersyukur kerana wakil syatikat berkenaan juga memahami pendiriannya untuk tidak bersalaman.

“Contohnya acara ini pun (perasmian perisa baharu ramen Nongshim) pun saya terpaksa beritahu pihak atasan daripada Korea yang saya mempunyai wuduk.

“Alhamdulillah, mereka juga sangat memahami selepas saya jelaskanmengapa saya memakai sarung tangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wany juga menegaskan bahawa pemakaian sarung tangan itu merupakan inisiatif peribadi bagi menghormati pendirian masing-masing dan bukan bertujuan untuk menghakimi mana-mana pihak.

“Sekali lagi saya tegaskan ini adalah preference masing-masing, benda itu tak dapat nak dielakkan sebab ‘handshake’ kan, benda yang menunjukkan rasa hormat.

“Macam kita dengan cara bersalaman tapi kita salam sesama muslim, jadi untuk mereka pula adalah ‘handshake’.

“Jadi apa inisiatif yang saya boleh buat paling-paling tidak pun adalah memakai sarung tangan. Tetapi selagi kita boleh elak untuk bersalaman, kita elak.

“Kalau boleh kurangkan kita kurangkan, itu ikhtiar saya. Saya tidak kondem atau pun tidak menghakimi sesiapa kerana setiap orang mempunyai pegangan dan cara masing-masing,” tegasnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement