Skip to main content

Viral

Jaja Ishak Terkejut Lagu Demo 'Hati Yang Dikecewa' Nyanyian Anak Perempuan Ina Naim Viral, Ditonton Lebih Setengah Juta - "Maaf Tak Ada Isu Tumpang Populariti..."

jaja_phyros

Sekilas

  • Lagu demo 'Hati Yang Dikecewa' nyanyian Yosh, anak Ina Naim, mendapat sambutan luar biasa di TikTok dengan lebih 500,000 tontonan dan 1,000 komen positif.
  • Penerbit Jaja Ishak menjelaskan lagu itu terhasil secara spontan dan tawaran kepada Yosh dibuat secara tiba-tiba semasa perbincangan dengan Ina.
  • Lagu penuh akan dilancarkan pada 5 Disember di semua platform penstriman digital, dan Jaja menafikan dakwaan menumpang populariti keluarga Ina.

Penerbit dan pengarah, Jaja Ishak, tidak menyangka lagu Hati Yang Dikecewa nyanyian Phyrosh Elfadwah atau Yosh, anak kepada penyanyi Ina Naim, mendapat sambutan luar biasa di TikTok meskipun yang dikongsi hanyalah versi demo.

Menurut Jaja, dia hanya memuat naik teaser ringkas tetapi menerima lebih 500,000 tontonan dan 1,000 komen positif dalam masa singkat.

“Sangat terkejut... itu bukan lagu mix atau master, hanya rakaman demo. Tak sangka ramai yang suka dan ia terus viral.

"Lagu Hati Yang Dikecewa sebenarnya terhasil secara tak sengaja. Kami sedang mencari penyanyi yang sesuai dan dalam tempoh seminggu proses penghasilan, saya tak sangka teaser sahaja sudah jadi tular,” katanya kepada Gempak.

Jaja menjelaskan tawaran kepada Yosh juga berlaku secara spontan ketika dia berbincang dengan Ina mengenai calon penyanyi untuk lagu tersebut.

“Saya tanya Ina siapa yang sesuai… tiba-tiba terdetik untuk beri peluang kepada Yosh.

"Pada masa yang sama, kami sedang menghasilkan lagu raya Dentam Dentum Raya untuk anak sulung Ina, Hadie Elfardie yang bergandingan bersama Auddra dan Ammar Haikal,” jelasnya.

 

@jajaishak

S T A Y T U N E D G U Y S ❤️❤️❤️

♬ original sound - Jaja Ishak

 

Mengulas dakwaan kononnya dia menumpang populariti keluarga Ina, Jaja menegaskan perkara itu tidak benar.

“Saya sudah berpuluh tahun bekerja di belakang tabir. Saya tak pernah kejar spotlight.

"Saya percaya pada rezeki, tiada istilah menumpang sesiapa. Saya sudah bekerja dengan ramai artis dan banyak drama saya yang viral.

"Kebetulan Ina dan anak-anak bersama saya ketika proses berkarya. Mereka juga sangat senang memberi komitmen,” tambahnya.

Hati Yang Dikecewa nyanyian Yosh terbitan Jaja Ishak Channel bakal dilancarkan pada 5 Disember ini di semua platform penstriman digital.

Must-Watch Video

Advertisement