Skip to main content

Filem

Jalan Licin, Angin Kuat & Salji…Nam Ron Kongsi Cabaran Shooting TERBANG Di New Zealand - “Memang Tak Tahan…”

Jalan Licin, Angin Kuat & Salji…Nam Ron Kongsi Cabaran Shooting TERBANG Di New Zealand - “Memang Tak Tahan…”

Sekilas

  • Pelakon Nam Ron berkongsi pengalaman mencabar penggambaran filem TERBANG di New Zealand dengan suhu sejuk sekitar tiga hingga empat darjah Celsius walaupun babak perlu nampak seperti musim panas.
  • Penggambaran dilakukan ketika musim bunga yang masih sejuk dan ada lokasi mengalami salji sehingga penggambaran terpaksa dihentikan sementara.
  • Filem TERBANG diinspirasikan daripada legenda rali negara Karamjit Singh dan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk format 4DX.
Advertisement

Pelakon Nam Ron mengakui pengalaman menjalani penggambaran filem TERBANG di New Zealand cukup mencabar apabila perlu berdepan cuaca sejuk mencecah sekitar tiga hingga empat darjah Celsius.

Menurut Nam Ron, penggambaran dilakukan ketika negara tersebut baru memasuki musim bunga, namun suhu ketika itu masih terasa seperti musim sejuk sehingga ada lokasi yang mengalami salji.

“Waktu kita pergi tu baru lepas musim sejuk, masuk musim bunga. Tapi musim bunga dia macam musim sejuk.

“Ada satu hari, babak yang saya tak terlibat, salji turun dekat lokasi sampai mereka terpaksa berhenti sebab kontinuiti dah lari. Kena tunggu salji cair dulu baru boleh sambung,” katanya.

Lebih mencabar, kata Nam Ron, mereka perlu berlakon seolah-olah babak berlaku pada musim panas walaupun keadaan sebenar sangat sejuk dan berangin.

“Bayangkan sejuk dan kita kena berlakon seolah-olah ia berlaku pada musim panas. Babak itu musim panas tapi lokasinya masih musim sejuk.

“Bila nak berlakon, kru pakaian akan masuk buka jaket musim sejuk kami. Habis saja ‘cut’, mereka cepat-cepat masuk pakaikan balik. Memang tak tahan,” ujarnya.

Nam Ron yang membawakan watak Rahim berkata, keadaan tersebut lebih dirasainya kerana hanya mengenakan kemeja untuk beberapa babak sebelum diberikan jaket nipis bagi mengurangkan kesejukan.

“Angin dia kuat. Rambut saya dah letak gel macam mana pun, bila angin kuat terus jadi macam Einstein.

“Tapi saya rasa menarik juga untuk babak tu, nampak lebih natural,” katanya berseloroh.

Dalam masa sama, Nam Ron turut memuji ketahanan rakan pelakon yang terlibat dengan babak perlumbaan kerana perlu berdepan keadaan jalan licin dan basah.

“Bagi yang buat babak lumba macam Irfan, Zizan dan Luqman, memang bahaya sebab jalan licin, basah dan agak lembap.

“Mereka kena memandu, baca ‘pace note’ dan dalam masa sama ada kamera dalam kereta yang dikawal dari luar. Memang mencabar,” jelasnya.

Tambahnya, suhu ketika penggambaran boleh turun sehingga sekitar tiga atau empat darjah Celsius terutama pada waktu malam.

“Saya rasa hampir kosong, dalam tiga atau empat darjah Celsius. Malam lagi turun. Bagi kita, suhu macam tu dah cukup sejuk,” katanya.

Nam Ron memaklumkan dia bersama sebahagian pelakon berada di New Zealand selama kira-kira 10 hari bagi menjayakan penggambaran TERBANG.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.

TERBANG kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - FLORA Bra Wanita Gaya Jepun Lembut, Bernafas & Tanpa Dawai

McJoden - FLORA Bra Wanita Gaya Jepun Lembut, Bernafas & Tanpa Dawai

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement