Skip to main content

Hiburan

Jalani Rawatan Kemoterapi, Luahan Elyana Runtun Hati Ramai - “Aku Sudah Faham Arah Akhirnya Ke Mana Tapi…”

Elyana

Sekilas

  • Elyana kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser limfoma yang dihidapinya sejak 2010.
  • Dia berkongsi perkembangan terkini di Instagram dengan gambar di hospital dan kata-kata yang menyentuh hati.
  • Perkongsian Elyana mendapat sokongan ramai rakan artis dan warganet yang mendoakan kesembuhannya.
Advertisement

Penyanyi, Elyana berkongsi perkembangan terkini dirinya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

Menerusi Instagram (IG), Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi gambar memaparkan dirinya yang sedang berada di sebuah bilik hospital sambil duduk di atas katil.

Advertisement

Lebih menyentuh hati, pelantun lagu Kalis Rindu ini turut berkongsi ciapan yang menyentuh hati menerusi hantaran yang sama.

‘Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama.

“Mahu menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenangan,” kongsi Elyana.

Advertisement

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai rakan artis dan warganet yang rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat buat Elyana.

Pada 2017, Elyana mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat

Menurut Elyana, dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja. 

Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 16 tahun. 

Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.

Sumber: Instagram Elyana

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

naelofar Dalila Sejadah

naelofar Dalila Sejadah

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement