Skip to main content

Hiburan

Jalani Rutin Diet Ekstrem, Fadlan Hazim Tak Jamah Nasi Demi...

Jalani Rutin Diet Ekstrem, Fadlan Hazim Tak Jamah Nasi Demi...

Sekilas

  • Fadlan Hazim menjalani diet ketat tanpa nasi dan menggantikan dengan quinoa untuk mempersiapkan watak pesakit kanser dalam drama baru yang akan disiarkan tahun depan.
  • Pelakon itu fokus bukan sahaja pada penampilan kurus tetapi juga pergerakan dan kesakitan watak untuk menggambarkan cabaran sebenar pesakit kanser.
  • Fadlan kini lebih memilih watak mencabar dalam drama dan tidak keberatan membawa karakter berbeza daripada imej hero biasa, termasuk watak antagonis.
Advertisement

Pelakon Fadlan Hazim mengamalkan diet ketat termasuk tidak menjamah nasi dan menggantikannya dengan quinoa bagi menjayakan watak pesakit kanser dalam sebuah drama baharu.

Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar, 34, bagaimanapun mengakui corak pemakanannya ketika ini tidak sihat kerana pengambilan kalori yang terlalu rendah.

Advertisement

Menurutnya, perubahan fizikal tersebut merupakan sebahagian daripada persediaan untuk menghidupkan watak yang sudah lama dinantikan, selain menyifatkan naskhah itu sebagai kemunculan semulanya di televisyen.

“Diet saya sekarang tidak sihat. Pengambilan kalori memang sangat rendah sebab drama ini saya anggap macam kemunculan semula di televisyen.

“Kali ini saya dapat watak yang dah lama ditunggu-tunggu. Ada mesej yang kami nak sampaikan iaitu menunjukkan sisi perjuangan seorang pesakit kanser,” katanya.

Advertisement

Fadlan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lembut filem Takluk 2: Op Daulat di Kementerian Pertahanan (MINDEF), baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fadlan berkata, persediaannya tidak hanya tertumpu kepada penampilan kurus, sebaliknya turut merangkumi pergerakan serta kesakitan yang dilalui watak berkenaan.

Katanya, dia mahu memberikan gambaran mengenai cabaran pesakit kanser menerusi lakonannya.

“Saya cuba nak tunjuk betul-betul perjalanan, simptom dan cabarannya. Bagaimana cara dia nak bergerak, sakit sendi dan sebagainya.

“Untuk nampak cengkung dan sebagainya akan dibantu dengan kesan khas juga, termasuk pakaian. Jadi, tak perlu turun berat secara mendadak sangat.

“Di set pun nak duduk dah sakit belakang. Saya ada sesuatu yang ingin dibuktikan kepada diri sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fadlan mengakui kini lebih memilih tawaran drama kerana mahu memberikan tumpuan kepada watak yang mencabar kebolehannya sebagai pelakon.

Menurutnya, dia tidak keberatan membawakan karakter yang berbeza daripada imej hero kebiasaan, termasuk watak berpenampilan tidak terurus atau antagonis.

“Saya masih berlakon drama tetapi sekarang agak memilih. Saya cuma ambil watak mencabar sebab bagi saya watak begitu dalam drama tempatan sangat kurang.

“Sebelum ini pun saya banyak ambil watak yang bukan kebiasaan hero ambil. Watak serabai, jahat atau penjual dadah, saya ambil,” tuturnya.

Drama yang dijangka disiarkan tahun depan itu turut mempertemukan semula Fadlan dengan pelakon Kamal Adli selepas mereka terbabit dalam filem Takluk 2: Op Daulat.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Must Watch Video

Advertisement