Skip to main content

Indonesia

Jalankan Pembedahan Plastik Secara Haram, Bekas Peserta Puteri Indonesia Ditahan

Astro Gempak puteri indonesia

Sekilas

  • Bekas peserta Puteri Indonesia, Jeni Rahmadial Fitri, ditahan di Riau kerana menjalankan pembedahan facelift tanpa tauliah yang menyebabkan 15 mangsa mengalami kecacatan kekal.
  • Mangsa melaporkan mengalami pendarahan, jangkitan serius, dan kecacatan seperti luka di kulit kepala dan bibir selepas rawatan di Klinik Arauna Beauty, Pekanbaru.
  • Jeni yang tidak mempunyai latar belakang perubatan telah menjadi ‘doktor palsu’ sejak 2019 dan telah dilucutkan gelaran Puteri Indonesia Riau 2024 oleh yayasan berkenaan.

Bekas peserta Puteri Indonesia, Jeni Rahmadial Fitri ditahan pihak berkuasa Riau selepas dilaporkan menjalankan pembedahan plastik atau kecantikan estatik terhadap seorang wanita tanpa tauliah.

Jeni didakwa telah menjalankan operasi penegangan kulit atau facelift secara haram. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, disahkan sekitar 15 mangsa kini disahkan cacat kekal, lapor Detik.

“Suspek telah menjalankan prosuder kecantikan estatik tanpa tauliah sehingga meninggalkan kesan buruk yang serius terhadap beberapa mangsa,” ujar kenyataan pihak berkuasa.

Salah seorang mangsa telah membuat laporan polis dengan mendakwa mengalami kecacatan kekal selepas menjalani rawatan facelift oleh Jeni di Klinik Arauna Beauty, Jalan Tengku Bey, Pekanbaru, pada 4 Julai 2025. Mangsa mendakwa telah mengalami pendarahan dan jangkitan serius pada wajah selepas menjalankan pembedahan tersebut.

Akibatnya, dia mengalami cacat kekal iaitu bekas luka di bahagian kulit kepala yang menyebabkan rambut tidak dapat tumbuh kembali serta luka panjang pada bahagian alis mata.

Selain itu ada mangsa mendakwa mengalami kecacatan kekal pada bahagian bibir sehingga trauma dan mengalami gangguan mental.

Menurut kenyataan sama, Jeni telah menjadi ‘doktor palsu’ sejak tahun 2019 dengan mengenakan bayaran sehingga Rp19 juta untuk melakukan facelift.

Ironi, Jeni  tidak memiliki latar belakang pendidikan sebagai dokter kulit dan kecantikan, namun dia pernah mengikuti kursus kecantikan di Jakarta.

Setelah ditahan, gelaran Puteri Indonesia Riau 2024 yang disandang Jeni telah dilucutkan oleh Yayasan Puteri Indonesia.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement