Skip to main content

Selebriti

Jamal Titip Pesanan Buat Hussain, Lakukan Sebaik Mungkin – “Itu Lagu Pujaan Pak Yob Sejak Zaman Remaja Lagi…”

Jamal Titip Pesanan Buat Hussain, Lakukan Sebaik Mungkin – “Itu Lagu Pujaan Pak Yob Sejak Zaman Remaja Lagi…”

Sekilas

  • Datuk Jamal Abdillah memberi pesanan kepada anak saudaranya, Hussain, yang akan beraksi di pentas akhir Big Stage Rocketfuel.
  • Jamal tidak dapat hadir secara langsung tetapi mendoakan kejayaan Hussain serta menasihatkan agar mendalami lagu ‘Seniman Menangis’ yang menjadi kegemarannya sejak remaja.
  • Big Stage X Rocketfuel akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, dengan enam finalis bersaing untuk merebut gelaran juara.
Advertisement

Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah memberikan pesanan kepada anak saudaranya, Hussain yang bakal berjuang di pentas akhir program Big Stage Rocketfuel pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Insta Stories baru-baru ini, Jamal berkata dia tidak dapat hadir menyaksikan persembahan Hussain secara langsung, namun tetap mendoakan kejayaan penyanyi muda itu.

Advertisement

“Hussain Pak Yob tak dapat nak hadir sama menyaksikan persembahan Hussain tapi Pak Yob doakan semoga Hussain berjaya,” ujarnya.

Jamal turut berpesan agar Hussain mendalami dan menghayati sepenuhnya lagu Seniman Menangis yang bakal dipersembahkan itu.

Dalam pada itu, Jamal turut mendedahkan lagu berkenaan merupakan antara lagu pujaannya sejak zaman remaja.

Advertisement

“Dendangkan lah lagu Seniman Menangis itu sebaik mungkin, dalami dan resapi seni kata lagu itu.

“Lagu itu lagu pujaan Pak Yob daripada zaman remaja lagi. Semoga berjaya,” katanya.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka

Untuk info, selepas tujuh minggu bersaing, malam ini pentas Big Stage Rocketfuel (BSR) bakal menyaksikan seorang daripada enam finalis yang berentap iaitu Adam Nazmi, Ranisha, Hussain, Yad-Z, Danny, dan Danial Kifli bakal dinobatkan sebagai juara. 

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Must Watch Video

Advertisement