Skip to main content

Hiburan

Jane In Heaven Akur Lagu Cinta Tersimpul Rapi Versi AI Diturunkan Susulan Isu ‘Copyright’ - “Saya Akui Niat Tak Menghalalkan Cara”

Cinta Tersimpul Rapi

Sekilas

  • Jane In Heaven akur menurunkan lagu Cinta Tersimpul Rapi versi ‘groovy pop’ di YouTube kerana isu hak cipta.
  • Versi lagu tersebut dihasilkan menggunakan teknologi AI sebagai eksperimen dan untuk beri nafas baru kepada lagu asal Anis Suraya.
  • Jane berterima kasih atas sokongan orang ramai walaupun channel itu hanya ruang kecil untuk berkongsi karya.

Individu yang menggunakan nama Jane In Heaven akur selepas lagu Cinta Tersimpul Rapi versi ‘groovy pop’ yang dimuat naiknya dia platform media sosial terpaksa diturunkan susulan isu hak cipta.

Berita itu dikongsikan sendiri Jane menerusi perkongsian yang dibuat menerusi TikTok Story.

“Hi guys, ada sikit news untuk disampaikan. Lagu Cinta Tersimpul Rapi versi groovy pop ni bakal diturunkan dari platform YouTube janeinheaven atas isu copyright.

“Saya akur dengan situasi ini dan akui salah silap dari pihak saya,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, Jane menjelaskan bahawa tujuan dirinya menghasilkan versi tersebut adalah kerana mahu memberikan nafas baharu terhadap lagu asal nyanyi penyanyi, Anis Suraya itu disamping bereksperimentasi dengan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).

“Niat asal hanyalah sekadar bereksperimentasi dengan AI dan mengembalikan lagu-lagu lama dengan penyampaian berbeza.

“Namun saya akur niat tidak menghalalkan cara dan saya akan terus menyokong industri muzik tanah air,” ujarnya.

Di akhir perkongsian, Jane meluahkan rasa terharu serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan padu terhadap versi yang dihasilkannya itu.

“Segala sokongan dan penerimaan dari kalian dan orang ramai sebenarnya diluar jangkaan saya. Channel tersebut hanyalah ruang kecil untuk saya berkongsi rasa,” katanya lagi.

Sekadar info, lagu ciptaan komposer Dr Azmeer itu telah dihasilkan kepada versi AI dan berjaya meraih jutaan tontonan di YouTube sebelum diturunkan.

Sumber: TikTok Story

Anda mungkin berminat dengan

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Must-Watch Video

Advertisement