Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Jangan Biasakan Tegur Fizikal Orang” – Siti Nordiana

Astro Gempak

Sekilas

  • Siti Nordiana menasihatkan orang ramai supaya tidak membiasakan budaya menegur atau memperlekehkan fizikal seseorang kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri.
  • Beliau berkongsi pengalaman anak lelakinya, Ryan, yang turut menerima komen fizikal di media sosial tetapi tidak mengambil serius perkara itu.
  • Nana mengingatkan supaya memberi kata-kata positif dan motivasi kerana setiap individu mempunyai cabaran hidup yang berbeza dan tidak wajar dihakimi berdasarkan penampilan.
Advertisement

Penyanyi Siti Nordiana menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak membiasakan budaya menegur atau memperlekehkan fizikal seseorang kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keyakinan diri individu terbabit.

Menurut Nordiana atau mesra disapa Nana, teguran berkaitan kesihatan boleh dilakukan dengan cara yang baik, namun komen mengenai fizikal seseorang seharusnya dielakkan.

Advertisement

“Pada saya, kita jangan biasakanlah. Kalau boleh rakyat Malaysia pun, kalau nak tegur tu boleh.

“Tapi mungkin kita tegur macam berkaitan kesihatanlah.

“Jangan sentuh fizikal. Kesian juga kan? Bukan Nana saja, Ryan pun sama,” katanya.

Advertisement

Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Official Launch of With OVA Campaign di Mahsa Avenue baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu, anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie atau Ryan juga tidak terlepas daripada menerima komen berkaitan fizikal dalam media sosial.

“Ada juga yang komen-komen pasal fizikal dia. Tapi pada Nana, kalau nak komen tu, jangan sampai menjatuhkan keyakinan orang lain.

“Kalau kita tak nak diri kita dikatakan macam tu, jadi jangan buat orang lain macam tu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nana bersyukur kerana Ryan tidak terlalu mengambil serius komen-komen tersebut.

“Nasib baik dia jenis yang tak ambil terlalu serius. Dia cuma cakap, ‘Ok mama, Ryan buat. Nanti Ryan diet’.

“Tapi dah beberapa bulan dah ‘nanti-nanti’ dia tu,” katanya berseloroh.

Dalam masa sama, Nana mengakui anaknya itu memahami teguran yang diberikan, namun tidak mudah tertekan dengan komen netizen.

“Mungkin dia terima benda tu dan tak ambil serius sangat. Tapi dalam masa yang sama dia dengarlah juga sedikit apa yang orang cakap.

“Biasalah sebab dia selalu muncul dalam kandungan media sosial Nana. Memang ada yang tegur dan kata anak-anak makin besar,” katanya.

Tambah penyanyi berusia 41 tahun itu, setiap individu mempunyai keadaan dan cabaran hidup yang berbeza sehingga tidak wajar dihakimi hanya berdasarkan penampilan luaran.

“Kalau boleh, biasakanlah bagi kata-kata yang baik.

“Sebab kalau macam Ryan dia okey. Tapi kalau orang lain, mungkin hati dia sentap ke, kita tak tahu.

“Mungkin dia ada masalah kesihatan atau perkara lain yang kita tak tahu.

“Jadi lebih baik kita bagi motivasi daripada menjatuhkan semangat orang lain,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Men's Tactical Cargo Pants Field Tactical Pants

Men's Tactical Cargo Pants Field Tactical Pants

adidas Football Italy 26 Away Jersey Men Blue KC8704

adidas Football Italy 26 Away Jersey Men Blue KC8704

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

Metabolic + Sauver 700g (New)

Metabolic + Sauver 700g (New)

Must Watch Video

Advertisement