Skip to main content

Hiburan

“Jangan Buat Aku Macam Pengemis” - Hariz Fayahet Kecewa Masih Ada Bayaran Persembahan Tertunggak Sejak 2024

Hariz Fayahet

Penyanyi, Hariz Fayahet mendedahkan masih ada bayaran yang belum diterimanya meskipun sudah selesai membuat persembahan sejak dua tahun lalu. 

Menerusi hantaran di Threads, Hariz berharap untuk tahun baharu tiada lagi penganjur yang culas sehingga dia terpaksa meminta bayaran seperti pengemis. 

“Harap 2026 ni yang dah panggil show tu cepatlah selesaikan bayaran dan jangan buat aku macam pengemis. Sambil aku tulis ni pun masih ada bayaran tertunggak, termasuk dari show tahun 2024. 

“Harap 2026 ni semua fahamlah yang aku ni kerja full time singer dan tak tergamak minta free show. Dan ya, semua. Kalau terasa, ada aku kisah? Aku punya bil dan komitmen, kau ada kisah ke masa minta free show tu?”

Hariz turut menyentuh isu amalan ‘tangan ghaib’ dan penggunaan kabel dalam industri hiburan yang disifatkannya masih berleluasa, sekali gus menyukarkan bakat sebenar untuk mendapat peluang yang adil.

Dalam pada itu, Hariz juga menyelar mentaliti segelintir pihak yang masih menggunakan alasan ‘exposure’ sebagai bayaran kepada penggiat seni sedangkan realitinya ia tidak mampu menampung kos sara hidup.

“Harap 2026 ni event organizers dan semua faham yang exposure tak boleh bayar bil dan cukuplah tangan-tangan ghaib dan kabel dalam industri ,” luahnya lagi.

Terdahulu, Hariz pernah berkongsi menerima bayaran rendah untuk membuat persembahan. 

Bagaimanapun, dia terpaksa menerima demi menampung kos hidupnya. 

Must-Watch Video

Advertisement