Skip to main content

Hiburan

“Jangan Cepat Menghukum, Berdasarkan Cerita Yang Hanya Didengar Dari Sebelah Pihak” – Yuna Rahim

“Jangan Cepat Menghukum, Berdasarkan Cerita Yang Hanya Didengar Dari Sebelah Pihak” – Yuna Rahim

Sekilas

  • Pelakon Yuna Rahim bersuara mempertahankan sahabatnya yang dikritik kerana kisah lama yang kembali viral di media sosial.
  • Yuna menegaskan sahabatnya sudah berubah dan berusaha menjadi insan lebih baik, serta kecewa dengan hukuman orang ramai berdasarkan satu sisi cerita.
  • Dia juga mendoakan agar mereka yang berniat jahat membuka aib sahabatnya tidak mengalami perkara yang sama, tanpa mendedahkan identiti individu terbabit.
Advertisement

Pelakon Yuna Rahim tampil bersuara mengenai kecaman yang diterima seorang sahabatnya susulan kisah lama individu berkenaan kembali menjadi perhatian dalam media sosial.

Tanpa mendedahkan identiti individu dimaksudkan, Yuna mengakui jarang mencampuri urusan peribadi orang lain namun terpanggil berkongsi pandangan kerana mengenali sahabatnya itu secara dekat.

Advertisement

“Saya biasanya tidak suka masuk campur hal orang terutama perkara peribadi yang berlaku bertahun-tahun lalu. Tapi kali ini saya rasa perlu bersuara sebagai seseorang yang benar-benar mengenalinya.

“Saya lihat sendiri sejauh mana dia berubah selama ini. Dia tahu dirinya tidak sempurna ketika itu dan tidak pernah mendakwa sebaliknya.

“Tapi saya juga tahu betapa kuat dia berusaha meninggalkan versi dirinya yang dahulu dan memulakan semula,” katanya menerusi perkongsian dalam media sosial.

Menurut Yuna, dia sedih melihat seseorang terus dihukum berdasarkan perkara yang dikongsikan dalam talian tanpa mengetahui keseluruhan cerita.

“Bila perkara lama tiba-tiba dibangkitkan semula dan orang terus menghukumnya berdasarkan satu sisi cerita, sejujurnya sedih untuk melihatnya.

“Kamu hanya melihat apa yang dimuat naik dalam talian. Kamu tidak melihat individu di sebaliknya, apa yang pernah dilaluinya atau sejauh mana dia berusaha menjadi insan lebih baik,” ujarnya.

Pada masa sama, Yuna menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan meminta orang ramai mempercayai sahabatnya secara membuta tuli.

“Saya bukan minta sesiapa mempercayainya secara membuta tuli. Cuma jangan terlalu cepat menghukum seseorang berdasarkan cerita yang hanya didengar daripada sebelah pihak.

“Manusia berubah. Manusia membesar dan menjadi lebih matang,” jelasnya.

Malah, Yuna yang menganggap individu berkenaan seperti adiknya sendiri turut menitipkan doa buat pihak yang didakwanya berniat memburukkan nama atau membuka aib sahabatnya.

“Dia sahabat baik saya, malah saya anggap seperti adik. Siapa yang ada niat jahat mahu memburukkan nama dia, membuka aib atau apa sahaja, saya doakan semoga perkara sama tidak menimpa diri si pelaku,” katanya.

Bagaimanapun, Yuna tidak mendedahkan identiti sahabat yang dimaksudkan atau memperincikan isu yang mendorongnya membuat perkongsian tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement