Skip to main content

Selebriti

“Jangan Hakimi Saya…” - Tampil Tidak Berhijab, Julia Farhana Mohon Doa & Ruang

Julia Farhana Marin

Sekilas

  • Julia Farhana Marin memohon orang ramai tidak menghakimi perubahan penampilannya yang kini tidak berhijab kerana ia adalah proses peribadi yang sedang dilaluinya.
  • Pelakon itu berharap diberikan ruang dan doa baik daripada orang ramai sambil menjelaskan kapsyen di media sosialnya tidak berkaitan dengan imej terkininya.
  • Julia juga mengakui tidak membaca komen netizen untuk mengelakkan sebarang gangguan dan menegaskan apa yang orang fikir bukanlah dirinya yang sebenar.
Advertisement

Penampilan Julia Farhana Marin yang tidak lagi berhijab meraih perhatian ramai, namun pelakon wanita itu memohon orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menghakimi keputusan yang dibuatnya.

 

Advertisement

Sebaliknya, pelakon berusia 32 tahun itu berharap diberikan ruang untuk melalui fasa tersebut selain memohon agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

 

Menurut Julia, tiada penjelasan khusus yang mampu diberikan mengenai perubahan penampilannya itu kerana apa yang dilaluinya ketika ini merupakan satu perkara yang cukup peribadi.

Advertisement

 

“Tiada apa yang saya boleh cakap yang akan buatkan orang rasa benda itu adalah kenyataan yang betul. Tiada apa yang saya boleh ulas sebab saya seorang sahaja yang lalui dan faham apa yang berlaku.

 

“Apa yang saya harapkan adalah orang ramai doakan yang baik-baik. Jangan hakimi saya atas apa yang saya lalui sebab segalanya adalah satu proses yang saya sendiri pun tidak sepenuhnya dapat hadam lagi. Saya perlukan masa,” katanya kepada Gempak.

 

Julia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Astro 30 Thank You Malaysia yang berlangsung di TGV Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Khamis.

 

Dalam pada itu, Julia turut menjelaskan mengenai perkongsiannya di sosial media yang menyebut penampilan terkininya sebagai kehidupan sebenar.

 

Jelasnya, kapsyen tersebut sebenarnya merupakan refleksi terhadap dirinya sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan perubahan imej yang ditunjukkannya.

 

“Itu perspektif masing-masing, tetapi sebenarnya konteks gambar dengan kapsyen itu berbeza. Kapsyen itu lebih kepada tentang diri saya sendiri dan tiada kena-mengena langsung dengan penampilan.

 

“Apa-apa sahaja yang saya buat di platform awam, orang akan tetap hakimi. Saya okey sebab saya tahu apa yang orang fikirkan pasal saya itu bukanlah diri saya yang sebenarnya.

 

“Saya memang tidak membaca langsung komen-komen netizen, lebih baik saya elakkan,” ujarnya.

 

Pada Mei lalu, penampilan Julia mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat tidak lagi mengenakan hijab.

 

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

Must Watch Video

Advertisement