Skip to main content

Hiburan

Jangan Kahwin Kalau Masih Kaki Perempuan, Isa Khan Bidas Lelaki Suka Curang - “Kau Tak Layak...”

Jangan Kahwin Kalau Masih Kaki Perempuan, Isa Khan Bidas Lelaki Suka Curang - “Kau Tak Layak...”

Sekilas

  • Pelakon Isa Khan menegur lelaki yang suka curang supaya memperbaiki diri sebelum berkahwin bagi mengelakkan pasangan menjadi mangsa penganiayaan.
  • Isa menegaskan lelaki yang masih mengejar perempuan lain belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan seharusnya bertaubat serta berubah.
  • Beliau mengingatkan bahawa perkahwinan adalah amanah besar yang memerlukan tanggungjawab memimpin dan menjaga keluarga dengan baik.
Advertisement

Pelakon Isa Khan menegur golongan lelaki yang mempunyai tabiat curang supaya memperbaiki diri sebelum berkahwin bagi mengelakkan pasangan menjadi mangsa penganiayaan.

Menerusi perkongsian video di Threads, Isa menegaskan lelaki yang masih mengejar perempuan lain belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami.

Advertisement

“Kepada lelaki dekat luar sana yang kaki curang, kaki perempuan, kau memang betul-betul tak layak nak kahwin tau. Kau tak layak nak jadi suami lagi. Kau kena faham benda itu.

“Kau better jangan kahwin daripada kau kahwin lepas itu kau aniaya anak orang, aniaya isteri kau,” katanya.

Menurut Isa, seseorang lelaki tidak sepatutnya mengheret isteri menanggung kesan daripada perbuatan serta pilihan dirinya sendiri.

Advertisement

“Kau nak main perempuan, kau punya pasal. Kau tanggung sendiri dosa, tapi kau jangan kahwin lepas itu aniaya anak orang,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Isa meluahkan rasa kecewa apabila melihat kisah isteri memfailkan perceraian yang dikaitkan dengan kecurangan suami.

“Aku pantang betullah. Aku sangat-sangat benci dengan lelaki yang kaki perempuan ini. Tolonglah berubahlah.

“Kalau kau nak kahwin, nak jadi seorang suami, nak jadi seorang ayah, bertaubatlah. Jadilah lelaki yang baik,” tegasnya.

Isa turut mengingatkan bahawa perkahwinan membawa amanah besar, termasuk tanggungjawab memimpin serta menjaga keluarga.

“Kita berkahwin ini amanah kita besar, tanggungjawab kita besar. Nak kena pimpin keluarga kita, jaga keluarga kita.

“Macam mana kau boleh ada masa untuk cari perempuan dekat luar? Subhanallah,” tuturnya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement