Skip to main content

Berita Tempatan

"Jangan Letak Diri Dah Senior, Dah Tua Tak Perlu ..." - Lan Siro Tak Malu Belajar Benda Baharu, Kini Jadi Hos TikTok Bola Jaring

Astro Gempak lan siro

Sekilas

  • Lan Siro percaya sikap sentiasa mahu belajar membantu dirinya kekal relevan dalam industri seni walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang tersebut.
  • Lan kini aktif mengacarakan siaran langsung TikTok untuk kejohanan bola jaring di platform Pahang First walaupun tiada pengalaman sebelum ini dalam sukan tersebut.
  • Dia mengajak warga Pahang untuk memeriahkan kejohanan bola jaring pada 13 dan 14 Jun sama ada secara langsung atau melalui siaran live di TikTok.
Advertisement

Pelakon, Lan Siro percaya sikap sentiasa mahu belajar menjadi antara faktor dirinya masih relevan dalam industri seni meskipun sudah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.

Menurut Lan, seseorang artis tidak seharusnya berasa selesa hanya kerana sudah bergelar senior atau mempunyai pengalaman yang panjang dalam industri.

Advertisement

“Rezeki tu ialah kuasa Allah. Cuma pada pendapat saya, kita kena duduk sama tinggi dengan masyarakat muda.

“Zaman sekarang, jangan letakkan diri kita tu bila kita dah senior, kita dah tua, kita tak perlu belajar benda-benda baru,” katanya.

Lan berkata demikian ketika ditanya mengenai dirinya yang dilihat semakin aktif menerima pelbagai tawaran kerja termasuk dalam bidang pengacaraan.

Menurut Lan, perkembangan dunia digital dan media sosial hari ini menuntut penggiat seni untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

“Dalam industri seni ni, zaman sekarang semua orang tengok dekat platform media sosial,” katanya.

Berkongsi pengalaman terbaharu, Lan mendedahkan dia kini diberi peluang untuk mengacarakan siaran langsung TikTok bagi kejohanan bola jaring menerusi platform Pahang First.

Menariknya, Lan mengakui dirinya langsung tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan mendalam mengenai sukan tersebut sebelum menerima tawaran berkenaan.

“Saya memang tak ada pengalaman. Jadi bila orang panggil tu, maksudnya orang percaya pada kita, jadi kita pun kena study,” ujarnya.

Malah, Lan berkata dia terpaksa mempelajari semula asas-asas permainan bola jaring termasuk istilah yang digunakan dalam sukan berkenaan.

“Sebelum ni saya tak tahu apa itu GD, WD.

“Jadi saya kena tanya, oh GD maknanya apa, GS, goal shooter, WD dan maksud-maksud yang lain,” katanya.

Dalam masa sama, Lan turut mengajak orang ramai khususnya warga Pahang untuk memeriahkan kejohanan bola jaring yang berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini.

“Mereka boleh datang sebagai pengunjung ataupun boleh masuk dekat live kita yang mana saya akan mengacarakan live TikTok di platform Pahang First,” katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

(Refine by Lovito) Elegant Top Button Spring/summer Top for Women LR29L068 (Refine by Lovito) Elegant Top Button Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR29L068

(Refine by Lovito) Elegant Top Button Spring/summer Top for Women LR29L068 (Refine by Lovito) Elegant Top Button Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR29L068

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

Kasyalia - Wyn Linen Blouse

Kasyalia - Wyn Linen Blouse

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Must Watch Video

Advertisement