Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Jangan Sampai Adab Hilang Hanya Kerana Jari Terlalu Laju Menaip” - A. Aida

“Jangan Sampai Adab Hilang Hanya Kerana Jari Terlalu Laju Menaip” - A. Aida

Sekilas

  • Datuk A. Aida mengingatkan orang ramai supaya menjaga adab ketika menulis komen di media sosial walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu perkara.
  • Beliau menegaskan bahawa komen yang diberikan mencerminkan diri sendiri dan jika tidak mampu memberi kata-kata baik, lebih baik diam.
  • A. Aida juga menasihatkan supaya fokus memperbaiki diri sendiri sebelum menghakimi kesalahan orang lain.
Advertisement

Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida mengingatkan orang ramai supaya menjaga adab ketika menulis komen dalam media sosial meskipun tidak menyukai seseorang atau sesuatu perkara.

Menerusi perkongsian di Threads, A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang, menegaskan ketidaksetujuan bukan alasan untuk mengetepikan kesopanan ketika memberikan pandangan.

Advertisement

“Tak suka tak apa. Tapi jangan sampai adab hilang hanya kerana jari terlalu laju menaip.

“Ingat, komen kita juga mencerminkan siapa diri kita. Kalau tak mampu memberi kata-kata yang baik, belajar untuk diam,” tulisnya.

bdnxhx

Dalam satu lagi status, A. Aida turut menegur sikap terlalu memberikan perhatian kepada kesalahan orang lain sehingga terlupa memperbaiki diri sendiri.

Advertisement

Katanya, setiap individu sepatutnya menilai kekurangan diri sebelum sibuk menghakimi kehidupan orang.

“Kalau hidup sendiri pun belum sempurna, jangan terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain.


“Baiki diri dahulu sebelum sibuk menilai kehidupan orang,” kongsinya.

Bagaimanapun, kedua-dua perkongsian tersebut tidak menyebut nama mana-mana individu atau memperincikan isu yang dimaksudkan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement