Skip to main content

Hiburan

Jangan Sampai Menyakiti, Fazura Mohon Semua Orang Berhati-Hati Dalam Pemilihan Kata - “Ia Mencerminkan Niat Sebenar Kita”

Astrogempak Fazura (1)

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura mengingatkan netizen supaya lebih berhati-hati dan berhemah dalam menyuarakan pendapat di media sosial.
  • Fazura menegaskan pentingnya memilih kata-kata yang mencerminkan niat sebenar tanpa menyakiti orang lain, walaupun niat itu untuk menyokong atau mengambil berat.
  • Beliau menasihatkan agar tidak menggunakan andaian sendiri untuk meluahkan pendapat yang boleh merosakkan hubungan persahabatan.

Pelakon, Nur Fazura memberi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhemah dalam menyuarakan pendapat, khususnya di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Fazura menegaskan bahawa setiap individu berhak mempunyai pandangan sendiri, namun cara penyampaian dan pemilihan kata-kata memainkan peranan penting dalam mencerminkan niat sebenar seseorang.

"Ingat, kita semua berhak untuk mempunyai pendapat masing-masing dan saya menerimanya dengan penuh kasih sayang. Tetapi saya harap kita semua lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata kerana ia mencerminkan niat sebenar kita,” tulisnya. 

Tambah aktres Pisau Cukur itu, meskipun niat memberikan pendapat itu bertujuan untuk menyokong atau mengambil berat namun ia tidak seharusnya digunakan sehingga menyakiti orang lain, apatah lagi jika berasaskan andaian semata-mata.

“Kita boleh menyokong, mengambil berat dan melindungi, tetapi jika ia diluahkan secara berterusan dengan tujuan menyakiti berdasarkan andaian sendiri, ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik dan akhirnya merosakkan hubungan persahabatan.

“Tolonglah, jadilah baik,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement