Sekilas
- Bella Astillah menyangka dia perlukan empat hingga lima tahun untuk buka hati semula sebelum bertemu suaminya, Syed Saddiq.
- Proses menerima cinta baru berlaku lebih cepat daripada jangkaan dan Bella percaya Allah tahu masa terbaik untuk itu.
- Bella menasihatkan supaya jangan seksa diri atau pasangan baru dengan membandingkan pengalaman lama dalam hubungan.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah pernah menyangka dirinya memerlukan masa empat hingga lima tahun untuk membuka hati semula sebelum menjalin hubungan dengan suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bagaimanapun, Bella berkata, proses menerima kehadiran insan baharu dalam hidupnya berlaku lebih cepat daripada jangkaannya.
“Untuk Bella, sebenarnya cepat. Sebelum terjadi Bella dengan YB, Bella ingat akan ambil masa empat hingga lima tahun.
“Sampaikan Bella tanya orang, ‘Berapa lama kau nak move on?’ Bella sampai tanya orang sebab tak mampu, tak menjadi. Kita kalau terlalu cinta, kan?” katanya menerusi sesi bersama 3 Pagi ERA.
Menurut Bella, pengalaman tersebut membuatkannya percaya bahawa Allah lebih mengetahui waktu terbaik untuk seseorang kembali menerima cinta.
“Sebab itu Bella cakap Allah sebaik-baik perancang. Dia lebih tahu bila masa yang sesuai,” ujarnya.
Dalam masa sama, Bella berpesan agar seseorang tidak menyeksa diri dengan merasakan mereka perlu mengambil masa lama sebelum membuka hati.
“Untuk kata kita kena ambil masa lama, sebenarnya jangan seksa diri kita dan jangan seksa orang baharu.
“Walaupun kita jumpa orang baharu, tetapi kita rasa, ‘Macam mana kalau dia buat sama macam orang lama?’ Benda itu tak adil untuk dia,” jelasnya.
Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.