Skip to main content

Bisnes

"Jangan Takut Melangkah Keluar Zon Selesa" - Shiha Zikir Terharu Dilantik Duta SFJ Group, Mahu Jadi Inspirasi Wanita Berbisnes

shiha_sfj

Penyanyi dan pelakon versatil, Shiha Zikir, mengakui terharu apabila dilantik sebagai duta rasmi bagi syarikat pengilang produk penjagaan kulit dan kosmetik, SFJ Group Sdn Bhd.

Shiha, 37, berkata peluang ini bukan sahaja membuka ruang untuk dirinya mengangkat jenama tempatan, tetapi juga menjadi platform untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita agar berani menceburi bidang perniagaan.

Advertisement

“Shiha sangat bersyukur kerana diberi peluang ini. Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak SFJ Group. Bukan senang untuk diberi peluang sebegini.

“Saya juga amat berbangga kerana Sitti Fatimah bukan sahaja seorang ahli perniagaan berjaya, malah seorang wanita hebat dan penuh wawasan. Beliau banyak memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.

“Apabila saya diberi tanggungjawab sebagai duta, saya bersemangat untuk sama-sama menyokong wanita lain dalam berbisnes. Harapan saya, kerjasama ini mampu membawa nama SFJ Group ke tahap yang lebih tinggi. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Shiha turut menyeru agar lebih ramai wanita berani keluar daripada zon selesa untuk mengejar kejayaan.

“Saya mahu ajak semua, bukan saja wanita tapi juga lelaki, untuk jadi insan yang berjaya. Jangan takut untuk melangkah keluar dari zon selesa kita. Apa yang menarik tentang SFJ Group ialah pakej yang ditawarkan bukanlah pada harga tinggi, jadi ramai orang berkemampuan untuk jadi pengasas produk sendiri,” tambahnya.

Pilihan Tepat Sebagai Duta

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) SFJ Group, Ratnah Wati atau mesra disapa Rara, menjelaskan, Shiha dipilih kerana personaliti dan kredibilitinya yang diyakini mampu mengangkat imej jenama.

“Kami melihat Shiha bukan sahaja seorang artis, tetapi juga ikon wanita berdikari, berdisiplin dan sentiasa memberi inspirasi. Personalitinya selari dengan nilai SFJ Group yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.

"Shiha ada aura positif dan kredibiliti untuk meyakinkan pelanggan terhadap produk kami. Oleh sebab itu, kami yakin beliau adalah pilihan tepat sebagai duta,” jelasnya.

SFJ Group Kembangkan Operasi ke Semenanjung Malaysia

Dalam perkembangan lain, SFJ Group turut mengumumkan pembukaan pejabat urusan dan gudang baharu di Sepang, Selangor bagi memperkukuh operasi dan pengedaran produk mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFJ Group, Sitti Fatimah Jannah, langkah itu dibuat kerana 90 peratus pelanggan syarikat berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Dengan adanya gudang di sini, kos penghantaran dapat dikurangkan selain membolehkan pelanggan menerima stok dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.

“Kuala Lumpur adalah pusat utama industri kecantikan dan OEM. Kehadiran kami di sini adalah strategi untuk lebih dekat dengan pengasas dan usahawan, selain memudahkan akses pelanggan di Lembah Klang serta kawasan lain di Semenanjung,” katanya.

Must-Watch Video