Skip to main content

Viral

"Jangan Tipu Kalau Buat Bariatrik" - Alyah

alyah_bariatrik

Pembedahan bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Pembedahan bariatrik bukan sekadar untuk kecantikan, tetapi membantu mengurangkan berat badan dan risiko penyakit seperti kencing manis serta darah tinggi.

Advertisement

Namun, apa yang membimbangkan apabila ada pihak  mengeluarkan produk menguruskan badan dengan cara menipu untuk melariskan produk mereka.

Penyanyi Datin Alyah yang turut menjalani pembedahan bariatrik tiga tahun lalu, berpesan agar jujur dalam setiap apa yang kita lakukan.

“Kalau buat bariatrik, jangan tipu. Cakap saja buat. Ada yang kurus sebab jalani pembedahan bariatrik, tetapi dakwa dirinya diet dan amalkan suplemen. Tak baik menipu macam itu,” katanya yang tidak menyentuh mana-mana pihak.

Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS, sebelum ini pernah menjalani prosedur itu bagi merawat masalah gastrik serius yang dihadapinya sejak sekian lama sehingga menyebabkan dia mengalami penambahan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg).

“Pembedahan itu bukan sahaja mengatasi masalah gastrik, tetapi juga mengurangkan risiko saya mengalami masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau kolestrol pada masa akan datang.

“Kalau nak buat bariatrik, kena minta nasihat dua atau tiga doktor. Kadang-kadang mereka mempunyai pendapat berlainan, kemudian baru kita fikir apa yang terbaik.

“Susah nak cakap. Kadang-kadang semua ini nasib. Ada yang buat bariatrik dan patuh arahan doktor, Alhamdulillah tiada komplikasi berlaku.

“Dalam masa yang sama, terdapat juga yang sangat berdisiplin ikut arahan doktor, tapi tetap mengalami komplikasi. Ia bergantung kepada nasib juga sebenarnya,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement