Skip to main content

Hiburan

“Jangan Uji Kesabaran Seorang Ibu…” – A. Aida

“Jangan Uji Kesabaran Seorang Ibu…” – A. Aida

Sekilas

  • Datuk A. Aida menitipkan doa dan semangat kepada anaknya, Azeva, agar terus berjaya tanpa menghiraukan kata-kata negatif orang lain.
  • Beliau menasihati Azeva supaya membina nama dan kejayaan melalui usaha, kesungguhan, dan menjaga akhlak yang baik.
  • A. Aida juga menegaskan tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang menyebar fitnah atau menyakiti hati anaknya.
Advertisement

Penerbit, Datuk A. Aida menitipkan doa dan kata-kata semangat buat anaknya, Azeva agar terus mengejar kejayaan tanpa membiarkan kata-kata individu yang dengki mematahkan semangatnya.

Menerusi perkongsian di Threads, A. Aida berkata, biarpun tidak mampu sentiasa berada di sisi anaknya, doa seorang ibu tidak pernah putus mengiringi setiap langkah insan kesayangannya itu.

Advertisement

“Ibu mungkin tak mampu berada di sisimu setiap masa, tetapi doa ibu tak pernah berhenti mengiringi setiap langkahmu.

“Semoga kamu terus berjaya, dikelilingi insan-insan baik yang menyayangimu dengan ikhlas dan dijauhkan daripada mereka yang iri hati dan tidak senang melihat kejayaanmu,” tulisnya.

Dalam masa sama, A. Aida berpesan supaya Azeva terus membina nama menerusi usaha dan kesungguhan, selain menjaga akhlak dalam menjalani kehidupan.

Advertisement

“Jangan biarkan kata-kata manusia yang dengki mematahkan semangatmu. Bina nama dengan usaha, bina kejayaan dengan kesungguhan dan bina kehidupan dengan akhlak yang baik,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian, A. Aida menegaskan dia tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak mengata, menyebarkan fitnah atau menyakiti hati anaknya.

“Jangan uji kesabaran seorang ibu bila melibatkan anaknya. Siapa yang mengata, menyebarkan fitnah dan menyakiti hati anak aku, jangan ingat aku akan berdiam diri.

“Moga terus bersinar, my princess,” tulisnya.

Sumber:Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement