Skip to main content

Hiburan

“Janganlah Nak Kutuk Orang Yang Sudah Berusia 61 Tahun Ini…” - Aishah

Astrogempak AISHA

Sekilas

  • Datuk Aishah tidak ambil pusing jika ada yang membandingkan nyanyiannya sekarang pada usia 61 tahun dengan zaman mudanya.
  • Beliau mengakui suara berubah mengikut usia, tetapi pengalaman dan kematangan menjadi nilai tambah dalam persembahan.
  • Aishah berharap peminat dapat menerima perubahan suara selari dengan usia dan menghargai penghayatan baru dalam lagu-lagunya.
Advertisement

Penyanyi, Datuk Aishah mengakui tidak ambil pusing sekiranya ada pihak cuba membandingkan nyanyiannya pada usia 61 tahun dengan persembahan ketika zaman muda. 

Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, kritikan yang diberikan terhadap kualiti vokalnya adalah sesuatu yang tidak realistik.

 

Advertisement

“Kadang-kadang orang terlalu kritikal tentang nyanyian saya, sedangkan yang muda-muda pun belum tentu boleh menyanyikan lagu saya.

 

“Janganlah nak kutuk orang yang sudah berusia 61 tahun ini,” katanya kepada Gempak. 

 

Tambah Aishah, perubahan pada suara adalah perkara semula jadi yang tidak dapat dielakkan apabila usia semakin meningkat.

Pelantun lagu Janji Manis Mu itu juga mengakui mungkin terdapat kekurangan dari segi vokal, namun pengalaman serta kematangan yang dimiliki menjadi nilai tambah dalam penyampaian lagu.

 

“Secara realistiknya, tanyalah mana-mana guru vokal, sudah tentu suara akan berubah. Kita tak boleh jangka suara 40 tahun lepas akan kekal sampai sekarang. Pada usia 61 tahun ini, saya ada kematangan dan penghayatan yang lebih. Itu yang saya tak ada masa muda dulu.

 

“Sebagai contoh lagu Wajah, penghayatan saya sekarang sangat berbeza berbanding ketika umur 20-an dulu,” kongsinya.

 

Pada masa sama, Aishah juga berharap peminat dapat memahami serta meraikan perubahan yang berlaku selari dengan perjalanan usia dan pengalaman hidup seseorang penyanyi.

 

“Mula-mula saya terasa juga bila orang cakap begitu. Tapi bila difikirkan semula, memang tak masuk akal. Mana ada orang berumur 40 tahun akan sama seperti dulu. Saya harap peminat dapat menerima dan menghargai perbezaan ini. Tapi kalau ada nasihat yang baik, saya akan ambil,” tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement