Skip to main content

Hiburan

Janji Akan Lebih Tegas Sebagai Ketua Keluarga, Dr Rushdi Syukur Jodoh Dengan Nora Ariffin Masih Panjang - "Saya Tak Nak Ada gangguan..."

Suami Nora Ariffin

Sekilas

  • Dr Rushdi Ramli bersyukur perkahwinannya dengan Datuk Nora Ariffin dapat diselamatkan selepas Nora menarik balik permohonan cerai.
  • Dr Rushdi berjanji akan lebih tegas dalam menguruskan rumah tangga berpoligami demi menjaga keharmonian keluarga.
  • Datuk Nora sebelum ini memfailkan cerai susulan konflik di Instagram, namun mereka kembali rujuk selepas sebulan.
Advertisement

Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli meluahkan rasa syukur apabila perkahwinannya masih dapat diselamatkan selepas isterinya menarik balik permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

 

Advertisement

Dr Rushdi berkata, keputusan tersebut adalah sesuatu yang amat diharapkannya dan dia bersyukur perkara itu dipermudahkan oleh Allah SWT.

 

“Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT. Sebenarnya saya tak tahu nak komen banyak-banyak. Apa pun, itulah yang saya harapkan. Itu sahaja yang saya boleh cakap. Saya harapkan yang terbaik.

Advertisement

 

“Alhamdulillah, Datuk Nora bersedia untuk menarik balik kes ini dan insya-Allah saya akan melaksanakan syarat-syarat yang telah disebutkan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Dr Rushdi turut memaklumkan akan bersikap lebih tegas khususnya dalam menguruskan rumah tangga berpoligami agar tidak berlaku sebarang gangguan yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga.

 

“Kita kena berusaha dan mengambil langkah yang sepatutnya. Sebenarnya, sebagai suami, kita adalah ketua keluarga. Bukan orang lain.

 

“Jadi selepas ini saya akan lebih bertegas. Insya-Allah. Sebenarnya selama ini pun saya sudah bertegas, cuma mungkin selepas ini perlu lebih tegas lagi dan menjelaskan bahawa saya tidak mahu ada sebarang gangguan daripada sesiapa pun.

 

“Itu adalah tuntutan agama dan perintah Allah SWT,” jelasnya.

 

Untuk rekod, pada 21 April tahun lalu, Datuk Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus beberapa konflik susulan hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rushdi terhadapnya.

 

Bagaimanapun, selepas sebulan mengumumkan penceraian tersebut, Nora memaklumkan dia dan suami telah kembali rujuk.

 

Imbas kembali, pada 2021, Datuk Nora mengesahkan dirinya sah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

 

Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

 

Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Anda mungkin berminat dengan

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

Must Watch Video

Advertisement