Skip to main content

Hiburan

Janna Nick Berazam Nak Jaga Tutur Kata, Terbuka Untuk Terima Segala Teguran - “Andai Kata Saya Lupa, Marahlah…”

Janna Nick

Sekilas

  • Pelakon Janna Nick memohon maaf secara terbuka melalui Instastory dan berazam untuk lebih menjaga tutur kata pada masa akan datang.
  • Janna menerima teguran sebagai peringatan yang perlu dihargai dan bersedia ditegur jika terlupa atau tersilap langkah.
  • Permohonan maaf ini dibuat susulan perbalahan dengan aktres Puteri Balqis di media sosial, dan Janna turut mendoakan kesembuhan bagi mereka yang menyimpan dendam atau trauma.

Pelakon Janna Nick sekali lagi membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instastory miliknya selain turut berazam untuk lebih menjaga tutur kata pada masa akan datang.

 

Menerusi perkongsian itu juga, Janna berkata dirinya terbuka untuk menerima sebarang teguran sekiranya dia terleka atau tersilap langkah, malah menganggap teguran itu sebagai satu bentuk peringatan yang perlu dihargai.

 

“Saya mohon ampun dan maaf daripada semua, dan saya juga memaafkan anda semua. InsyaAllah, saya juga berazam untuk tidak lagi berkata-kata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.

 

“Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa / terleka. tegurlah saya, marahlah saya… saya bersyukur atas segala teguran,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Janna turut menitipkan doa agar setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT menjadi ruang untuk seseorang itu menjadi insan yang lebih kuat dan lebih baik pada masa hadapan.

 

“Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan lebih baik di masa akan datang,” kongsinya. 

 

Sebelum ini, Janna memohon maaf atas perkongsiannya di Threads selain mengakui kekhilafannya mengatakan belajar untuk melepaskan dan membiarkan Allah yang menguruskan. 

 

Janna menerusi Instastory miliknya turut mendoakan sesiapa yang menyimpan perasaan dendam atau trauma agar diberikan kesembuhan dan kebahagiaan. 

 

Permohonan maaf itu dibuat susulan perbalahan antara dia dengan aktres Puteri Balqis di media sosial. 

Must-Watch Video

Advertisement