Sekilas
- Janna Nick membidas kenyataan Puteri Balqis yang mendakwanya mencampuri urusan keluarga mereka dan bersedia berjumpa untuk jelaskan kekeliruan secara online.
Janna mendedahkan pengalaman traumanya semasa penggambaran bersama Balqis kecil dan kesal dengan cara Balqis digunakan untuk cari rezeki ketika kecil.
Pelakon, Janna Nick tampil membidas kenyataan aktres, Puteri Balqis yang sebelum ini menegurnya secara terbuka dan mendakwa dirinya seolah-olah mencampuri urusan keluarga mereka.
Janna menerusi kenyataan di Insta Stories miliknya dengan teags memaklumkan bersedia untuk bertemu dengan Balqis atau lebih mesra disapa Aqish bagi meleraikan kekeliruan yang berlaku antara mereka.
“Salam @morosechild boleh tahu apa issue awak dengan saya? Kalau ada yang tak puas hati kita boleh jumpa. (Secara online sebab saya kini berada di London).
“Kita berlakon bersama masa awak kecil, saya masih ingat trauma saya tercetus apabila melihat seseorang yang berkaitan dengan awak tidur terbongkang di dalam bilik yang saya hendak solat (bukan ibu awak).
“Dan saya tidak suka melihat cara awak digunakan untuk cari rezeki ketika awak masih kecil. Saya rasa sangat sedih kerana saya sangat tahu orang yang ambil dadah macam mana (bukan ibu awak),” tegasnya.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain, Janna mendakwa ibua kepada Aqish pernah berkata sesuatu yang buruk mengenai dirinya sehingga menyebabkan aktres itu dipulau sabahat.
“Saya tidak mengenali awak secara peribadi dan sebaliknya. Awak pun tak kenal saya personally. Selepas kita habis penggambaran, saya ajak keluarga awak untuk makan malam bersama.
“Saya diberitahu oleh awak dan keluarga tak nak datang. (Saya bingung dengan apa yang berlaku). Selepas itu ibu awak burukkan saya dalam group whatsapp selebriti (saya diberitahu oleh Michael Ang) selepas kita habis shoot together.
“Awak kecil lagi, sejak itu saya dipulaukan oleh sahabat selebriti selama bertahun-tahun,” dedahnya.



Terdahulu, isu ini mula tercetus selepas Puteri Balqis meluahkan rasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.
Malah Aqish mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.
Aqish kemudiannya membuat satu hantaran yang mendakwa Janna seolah-olah mencampuri urusan peribadi keluargannya dengan mengeluarkan beberapa hantaran.