Skip to main content

Hiburan

Janna Nick Kongsi Kisah Rakan Artis Yang Terlibat Isu Penipuan - “Saya Harap Ada Orang Boleh Selamatkan Dia…”

Astro Gempak 233

Sekilas

  • Janna Nick berkongsi pengalaman dengan seorang rakan artis yang didakwa terlibat dalam penipuan dan tiba-tiba menghilang.
  • Janna menerima mesej WhatsApp dari nombor rakan artis itu yang meminjam duit, tetapi panggilan balas dijawab oleh suami rakan tersebut.
  • Janna berharap ada pihak dapat membantu kerana merasakan nombor telefon itu mungkin tidak dipegang oleh rakan artis sebenar.
Advertisement

Pelakon Janna Nick berkongsi cerita mengenai seorang rakan artis yang didakwa terlibat dengan isu penipuan.

Menerusi perkongsian di Threads, Janna mendakwa dia dan individu berkenaan pernah rapat sebelum rakan artis tersebut menghilang secara tiba-tiba.

Advertisement

“I ada cerita pasal rakan artis yang scam tu… kita orang pernah rapat dan dia menghilang secara tiba-tiba.

“Few years after that dia pernah WhatsApp nak pinjam duit. Lepas dapat mesej tak sampai beberapa saat, I terus call dia sebab I rindu dia,” tulisnya.

Bagaimanapun, Janna terkejut apabila panggilan tersebut dijawab oleh suami kepada rakan artis berkenaan.

Advertisement

“Tiba-tiba suami dia yang pickup. Tak ke terkejut? Kita mesej kawan kita, tapi suami dia yang pickup dan cakap kawan kita dekat klinik.

“Habis tu yang reply mesej tu siapa?” soalnya.

fvsvd

Tambah Janna, dia berharap ada pihak dapat membantu rakan artis tersebut kerana merasakan nombor telefon itu mungkin bukan dipegang oleh individu sebenar.

“Saya just harap ada orang boleh selamatkan dia sebab I tak rasa nombor tu dia yang pegang,” katanya.

Sumber: Threads

 

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

Lovito Elegant Blouse Plain Knot Pleated Ruched Blouse for Women L100MD491

Lovito Elegant Blouse Plain Knot Pleated Ruched Blouse for Women L100MD491

Must Watch Video

Advertisement