Skip to main content

Hiburan

Janna Nick Minta Henti Buat Spekulasi Sebab Tak Hadir Majlis BASS - “Saya Dijemput Tapi…”

Janna Nick

Sekilas

  • Janna Nick menjelaskan dia tidak hadir ke majlis resepsi Bella Astillah kerana sudah berjanji menghadiri acara lain.
  • Janna telah memaklumkan ketidakhadirannya secara bersemuka kepada Bella dan mendapat pemahaman daripada rakan baiknya itu.
  • Janna turut mendoakan kebahagiaan Bella dan suaminya, Syed Saddiq, hingga ke syurga.
Advertisement

Pelakon dan pengacara Janna Nick meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai ketidakhadiran ke majlis resepsi pelakon Bella Astillah pada Ahad.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Janna memberitahu dia sudah memaklumkan sendiri kepada rakan baiknya itu secara bersemuka.  

 

“Jangan la buat spekulasi. Saya dijemput, tetapi tidak dapat menghadiri kerana terlebih dahulu telah bersetuju untuk hadir ke sebuah acara. 

Advertisement

 

“Dan saya pun dah beritahu secara bersemuka kepada tuan empunya badan, Bella Astillah sendiri,” kongsi Janna.

 

Pada hantaran yang sama, Janna juga memberitahu isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu memahami situasinya. 

 

Malah Janna turut menitipkan doa agar Bella dan Syed Saddiq yang juga dikenali sebagai BASS akan bahagia hingga ke syurga. 

 

“Bella ok guys… dia faham. Kita doa BASS happy sampai syurga,” kata isteri kepada aktor Dini Schatzmann. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Must Watch Video

Advertisement