Skip to main content

Hiburan

Janna Nick Sebak Lihat Dini Schatzmann Pegang ‘Romper’ Bayi - “Lelaki Macam Itulah Sedih Tapi…”

Janna Nick

Sekilas

  • Janna Nick berkongsi video menyentuh hati ketika menemani suaminya, Schatzmann, di acara Hyrox Tenerife yang menunjukkan emosi mereka berdua.
  • Dini kelihatan sebak memegang baju bayi bertulis 'hyrox', manakala Janna turut rasa sedih kerana mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
  • Wargamaya turut terharu dan mendoakan agar pasangan ini segera dikurniakan zuriat, sementara Dini juga meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat berikan yang terbaik di Hyrox.
Advertisement

Perkongsian video pelakon Janna Nick yang menemani suaminya yang juga aktor ini Schatzmann di Hyrox Tenerife mengundang pelbagai reaksi. 

 

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, Dini mula dilihat menahan rasa sebak ketika memegang baju ‘romper’ bayi yang ada tulis ‘hyrox’. 

 

“Dia ingat kita tak perasan ke mata dia berkaca. Kenapa muka sedih. Lelaki macam itulah sedih tapi tak nak tunjuk,” kata Janna. 

 

Janna bagaimanapun dilihat turut berasa sebak memandangkan mereka masih belum mempunyai rezeki cahaya mata. 

Advertisement

 

“Benda macam itu pun sedih,” katanya. 

 

Rata-rata wargamaya turut berasa sebak melihat pasangan itu selain mendoakan agar Janna dan Dini dikurniakan zuriat tidak lama lagi. 

 

Dalam pada itu, Dini turut meluahkan rasa kecewa dan menangis kerana beranggapan tidak dapat melakukan yang terbaik di Hyrox. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement