Sekilas
- Janna Nick meluahkan rasa kecewa dengan komen negatif netizen setiap kali dia berkongsi hasrat untuk menimang cahaya mata di media sosial.
- Pelakon itu menegaskan dia hanya manifest impian menjadi ibu dan tidak mahu menerima komen yang mematahkan semangatnya.
- Janna dan suaminya kini menetap di London dan berharap persekitaran baru itu membuka peluang untuk mereka memiliki zuriat selepas menjalani rawatan IVF.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mempersoalkan sikap segelintir netizen yang gemar meninggalkan komen negatif setiap kali dia berkongsi hasrat untuk menimang cahaya mata.
Menerusi perkongsian di Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang seolah-olah cuba mematahkan semangatnya dengan komen tidak sensitif.

“Dah apa masalahnya kalau orang cakap nak anak setiap hari pun? Sibuk je nak komen, ‘oh jangan mengharap sangat, nanti lagi tak dapat’.
“Suka hati lah kalau aku nak post 560 kali sehari pun pasal nak anak. Kenapa manusia sekarang suka jadi joykiller eh?
“Aku manifest je pun, bukan aku merungut. Sibuk nak bagi pendapat kau yang tak penting tu. I don’t want to know!” tulisnya.
Sebelum ini, sempena kehadiran tahun 2026, Janna pernah berkongsi impian terbesar yang masih belum tercapai walaupun sudah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, iaitu untuk memiliki zuriat.
Menurutnya, impian tersebut bukan berkisar soal kekayaan, kewangan atau pencapaian kerjaya, sebaliknya keinginan untuk bergelar ibu yang sudah lama diharapkan.
Pada September tahun lalu, Janna dan suaminya, Dini mengumumkan keputusan untuk berpindah ke London bagi melanjutkan pengajian selain memulakan kehidupan baharu di sana.
Janna turut berharap persekitaran baharu itu dapat membuka pintu rezeki buat mereka untuk menimang cahaya mata selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Janna pernah mendedahkan dia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun usaha tersebut belum membuahkan hasil.
Untuk rekod, Janna Nick mendirikan rumah tangga dengan Dini pada 10 Jun 2023.