Skip to main content

Selebriti

Janna Nick Tak Peduli Orang Komen Bentuk Badan, Bukan ‘Goals’ Nak Melawa - “Another Day, Another Hormone Pill…”

Janna Nick Tak Peduli Orang Komen Bentuk Badan, Bukan ‘Goals’ Nak Melawa - “Another Day, Another Hormone Pill…”

Sekilas

  • Janna Nick tidak ambil pusing komen negatif tentang bentuk badannya dan fokus pada perjuangan peribadi yang lebih besar.
  • Dia menegaskan matlamatnya bukan untuk kelihatan cantik atau menarik perhatian lelaki, tetapi menjalani perjalanan bermakna sendiri.
  • Janna memberi sokongan kepada wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dan berkongsi pengalamannya mengambil ubat hormon sebagai ikhtiar.
Advertisement

Pelakon, Janna Nick tidak mahu mengambil pusing dengan komen segelintir pihak yang masih gemar memberikan pandangan terhadap bentuk badan seseorang.

Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata dia kini mempunyai fokus dan perjuangan yang lebih besar berbanding memikirkan soal penampilan fizikal.

Advertisement

Menurut Janna, matlamatnya bukan untuk kelihatan cantik atau mendapatkan perhatian lelaki, sebaliknya dia sedang melalui satu perjalanan yang mempunyai tujuan tersendiri.

“Another day, another hormone pill.  Orang masih lagi nak cakap pasal bentuk badan orang lain.

“Lantakkanlah korang. Goals saya bukan nak melawa sebab nak cari jantan, atau nak jadi perempuan paling cantik,” tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Janna turut menyatakan sokongan kepada mereka yang sedang melalui perjalanan TTC atau Trying To Conceive.

Janna juga berharap semua wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat terus kuat dan saling memberikan semangat antara satu sama lain.

“Saya ada mission lain yang saya tengah perjuangkan. Semoga semua geng TTC terus kuat! Kita kuat!” coretnya.

Untuk info, Janna kini sedang mengambil ubat hormon sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat bersama suaminya, Dini Schatzmann.

Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement