Skip to main content

Hiburan

Janna Nick Terkejut Tengok Video Bella Astillah Menangis 2 Tahun Lalu, Terkilan Tak Dapat Hadir Majlis Resepsi - “Kalau Boleh Dibelah Dua Badan….”

Janna Nick Terkejut Tengok Video Bella Astillah Menangis 2 Tahun Lalu, Terkilan Tak Dapat Hadir Majlis Resepsi - “Kalau Boleh Dibelah Dua Badan….”

Sekilas

  • Janna Nick tidak dapat hadir majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq kerana komitmen sebagai penyampai anugerah di Anugerah Melodi Terhangat 2026 pada hari sama.
  • Janna terharu mengetahui Bella pernah menitiskan air mata di majlis kesyukuran perkahwinannya dua tahun lalu dan berharap pasangan itu kekal bahagia.
  • Video lama Bella yang sebak di majlis Janna kembali tular, mendapat perhatian warganet yang mendoakan kebahagiaan Bella selepas fasa sukar hidupnya.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa ralat apabila tidak dapat menghadiri majlis resepsi rakannya, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.

Menurut Janna, dia sebenarnya turut menerima undangan ke majlis pasangan itu, namun terpaksa memenuhi komitmen sebagai penyampai anugerah di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung pada hari sama.

Advertisement

“Kalau boleh dibelah dua badan, kita nak ada di kedua-dua majlis. Sebab kita dah pun buat persetujuan untuk datang ke sini sebagai penyampai anugerah terdahulu.

“Kalau saya sebagai calon sahaja, mungkin saya berada di sana. Tapi sebab saya dah janji untuk jadi penyampai anugerah, saya terpaksa berada di sinilah,” katanya.

Ditanya mengenai video tular memaparkan Bella yang menitiskan air mata ketika menghadiri majlis kesyukurannya dua tahun lalu, Janna mengakui berasa sebak selepas mengetahui perkara tersebut.

Advertisement

Menurut Janna, dia telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Bella sendiri ketika mereka bertemu di acara Formula 1 (F1), baru-baru ini.

Jelasnya, dia tidak menyangka Bella hadir ke majlis tersebut dalam keadaan bersedih sedangkan dia mengharapkan setiap tetamu meraikan hari istimewanya dengan perasaan gembira.

“Dia dah bagi tahu yang dia menangis masa malam anniversary saya tu. Masa dia bagi tahu yang dia menangis tu, saya sangat sebak and ada termenitis air mata.

“Tapi dia datang di majlis kita dengan kesedihan tau. So kita rasa berturut bersedihlah untuk dia,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Janna meluahkan rasa syukur kerana Bella kini sudah menemui kebahagiaan bersama Syed Saddiq dan berharap pasangan itu terus bahagia hingga ke Jannah.

“Dalam kesedihan tu, Alhamdulillah Allah gantikan dia yang lebih baik kan. So kita patut happy lah.

“Kita doakan semoga YB, Syed Saddiq dan juga Bella Astillah perkahwinan mereka akan kekal bahagia sampai ke syurga,” katanya lagi.

Terdahulu, video lama Bella yang dilihat sebak ketika menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan Janna dan Dini kembali tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, Bella dilihat menitiskan air mata sambil menyebut ungkapan ‘I want one’ ketika menghadiri majlis berkenaan.

Momen itu turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyifatkan kebahagiaan Bella hari ini sebagai satu rezeki selepas melalui fasa sukar dalam kehidupannya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement