Skip to main content

Hiburan

“Jarang Aku Benci Sam Dalam Movie…” - Syatilla Melvin

Syatilla Melvin

Sekilas

  • Syatilla Melvin puji filem aksi CHELOT arahan Adrian Teh sebagai yang terbaik di Malaysia dan sanggup tahan ke tandas demi tidak terlepas babak penting.
  • Dia hadir ke malam gala CHELOT di GSC IOI City Mall, Putrajaya dan mengakui benci watak suaminya, Shaheizy Sam, dalam filem tersebut.
  • Filem CHELOT akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 Ogos 2026 dengan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, dan Shaheizy Sam.
Advertisement

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu usahawan dan pelakon Syatilla Melvin menganggap karya pengarah Adrian Teh berjudul CHELOT merupakan filem aksi terbaik di Malaysia. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla juga mengakui dia sanggup tidak ke tandas kerana enggan terlepas mana-mana babak dalam filem CHELOT. 

 

“Ntah lah… CHELOT filem aksi terbaik Malaysia aku pernah tengok! Penuh pundi kencing eh punya sayang nak pergi toilet,” kongsinya. 

 

Syatilla turut hadir di malam gala CHELOT yang diadakan di GSC Cinema, IOI City Mall, Putrajaya pada Selasa. 

Advertisement

 

Pada hantaran yang sama, Syatilla juga mengakui dia berasa benci terhadap watak yang dipegang oleh suaminya iaitu Datuk Bakri. 

 

 “Jarang aku benci Sam dalam movie, tapi dalam movie ni. Yes, aku tak suka dia🤣😂,” katanya. 

 

Filem Chelot bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 27 Ogos 2026.

 

Selain Adrian Teh sebagai pengarah, filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan ramai lagi.

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement