Skip to main content

Hiburan

Jari Jemari Bersih, Sofea Shra Dipuji Tak Pakai ‘Fake Nails’ - “Seorang Yang Ready Untuk Solat Bila-Bila Masa”

Sofea Shra

Sekilas

  • Sofea Shra tular selepas bertemu pengasas Huda Beauty, Huda Kattan, dengan penampilan semula jadi tanpa kuku palsu yang mendapat pujian ramai.
  • Penampilan bersih Sofea dianggap menunjukkan kesediaannya menunaikan solat, menarik perhatian dan rasa hormat netizen di media sosial.
  • Dalam pertemuan di London, Sofea menghadiahkan baju kebaya kepada Huda Kattan yang turut mencuba busana tradisional tersebut.
Advertisement

Selepas tular momen dirinya berjumpa dengan pengasas jenama produk kecantikan, Huda Beauty iaitu Huda Kattan, personaliti media sosial iaitu Sofea Shra terus menyorot perhatian dan meraih pujian ramai.

Menerusi Threads, seorang individu memuji penampilan Sofea yang dilihat tidak mengenakan kuku palsu (fake nails) malah jari-jemarinya kelihatan bersih tanpa sebarang produk ketika bertemu pengasas produk kecantikan tersebut.

Advertisement

Ujar individu tersebut, pendekatan yang digunakan itu telah menambahkan rasa hormat dan minatnya terhadap Sofea.

“Saya perasan Sofea tak pakai kuku palsu pun dalam setiap gambar yang diambil.

“Jari-jemari dia pun nampak bersih ja. More reason to love this girl,” luahnya.

Advertisement

Setakat artikel ini ditulis, hantaran individu tersebut telah meraih lebih 24,000 tanda suka dan lebih 120 komen.

Rata-rata netizen turun menyifatkan Sofea sebagai seorang yang sentiasa bersedia untuk menunaikan solat kerana memilih untuk tidak menggunakan sebarang produk terhadap kukunya.

Terdahulu, Sofea telah dijemput untuk bertemu pengasas produk Huda Beauty iaitu Huda Kattan di London.

Pada acara tersebut, Sofea berkesempatan menghadiahkan sepasang baju kebaya kepada Huda, yang kemudiannya turut mengambil kesempatan mengenakan busana tradisional tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Xiao Healthy AvoMilk | AvoMlik Cocoa - 850g Tin /15 sachets

Xiao Healthy AvoMilk | AvoMlik Cocoa - 850g Tin /15 sachets

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Must Watch Video

Advertisement