Skip to main content

Viral

Jatuh Dari Pentas Hingga Cedera Otak, Miss Universe Jamaica Saman Organisasi Miss Universe

Jatuh Dari Pentas Hingga Cedera Otak, Miss Universe Jamaica Saman Organisasi Miss Universe

Sekilas

  • Gabrielle Henry dari Jamaica memfailkan saman terhadap Miss Universe Organization dan dua syarikat lain atas kecuaian selepas terjatuh dari pentas Miss Universe 2025 di Thailand yang menyebabkan kecederaan otak serius.
  • Insiden berlaku pada November 2025 ketika Gabrielle mengikuti koreografi, di mana dia terjatuh melalui bukaan tanpa tanda keselamatan dan mengalami kecederaan traumatik serta pendarahan otak.
  • MUO belum terima saman rasmi dan menyatakan penganjur tempatan bertanggungjawab keselamatan pentas, namun mereka menanggung kos rawatan Gabrielle dan menawarkan peranan duta muhibah.
Advertisement

Hampir setahun selepas terjatuh dari pentas ketika pertandingan Miss Universe 2025 di Thailand, Gabrielle Henry mengambil tindakan undang undang terhadap Miss Universe Organization (MUO) susulan kecederaan serius yang dialaminya.

Gabrielle yang mewakili Jamaica pada pertandingan berkenaan memfailkan saman pada 21 September lalu di Delaware Superior Court, Amerika Syarikat terhadap MUO serta dua syarikat berkaitan, JKN Legacy Inc. dan Legacy Holding Group USA.

Advertisement

Menurut saman tersebut, Gabrielle mengemukakan lima tuntutan termasuk dakwaan kecuaian, tanggungjawab terhadap keadaan premis, kecuaian dalam pengambilan dan penyeliaan serta tekanan emosi.

Insiden berkenaan berlaku pada 19 November 2025 ketika pusingan awal Miss Universe di Thailand.

Gabrielle mendakwa dia sedang mengikuti koreografi yang sudah dilatih sebelum terjatuh kira kira 1.5 meter menerusi satu bukaan di pentas yang didakwanya tidak mempunyai tanda atau penghadang.

Advertisement

Menurut tuntutannya, terdapat peralatan pencahayaan dan permukaan konkrit di bahagian bawah bukaan berkenaan, manakala cahaya pentas yang terang didakwa menyukarkan penglihatannya.

Akibat insiden itu, Gabrielle dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan otak traumatik termasuk beberapa jenis pendarahan pada otak.

Dia kemudian menerima rawatan di hospital dari 19 November hingga 10 Disember 2025. Kenyataan bersama MUO dan keluarga Gabrielle pada Disember lalu turut mengesahkan dia mengalami pendarahan dalam tengkorak, kehilangan kesedaran, patah tulang dan kecederaan pada wajah.

Kesan kecederaan itu juga didakwa menjejaskan kerjaya Gabrielle dalam bidang perubatan.

Gabrielle yang menjalani latihan kepakaran oftalmologi mendakwa dia tidak dapat meneruskan program residensinya selepas kejadian tersebut dan masih berdepan simptom neurologi serta kognitif yang memerlukan rawatan dan rehabilitasi.

Bagaimanapun, MUO dalam kenyataan kepada media berkata pihaknya belum menerima saman berkenaan secara rasmi dan tidak dapat memberikan ulasan terhadap tuntutan yang belum dilihat.

MUO turut menyatakan pihak penganjur tempatan, Miss Grand International dan Miss Universe Thailand bertanggungjawab terhadap produksi pertandingan termasuk lokasi, pentas serta aspek keselamatan di tapak acara.

Pada masa sama, MUO berkata pihaknya menanggung kos rawatan Gabrielle di Thailand dan rawatan susulan di Jamaica, selain pernah menawarkan kepadanya peranan sebagai duta muhibah.

Gabrielle bagaimanapun masih dalam proses pemulihan dan kembali ke pentas Miss Universe Jamaica pada Ogos lalu untuk menobatkan penggantinya.

Sumber: Entertainment Weekly

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Must Watch Video

Advertisement