Skip to main content

Indonesia

Jatuh Hati Dengan Mata, Raffi Ahmad Beli Kerbau Pakistan Untuk Aidiladha

Astro Gempak raffi korban

Sekilas

  • Raffi Ahmad kini berada di Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan tetap melaksanakan ibadat korban di Jakarta seperti tahun-tahun sebelum ini.
  • Untuk Aidiladha tahun ini, Raffi membeli enam ekor haiwan korban termasuk seekor kerbau Pakistan yang istimewa dari sahabatnya, Irfan Hakim.
  • Raffi menunaikan ibadat haji buat kali kedua bersama keluarganya selepas berangkat ke tanah suci pada tahun 2024.

Selebriti terkenal, Raffi Ahmad diketahui sedang berada di Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Namun, suami Nigita Slavina ini tetap mahu melaksanakan ibadat korban di Jakarta. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Raffi sudah menempah lebih daripada empat ekor haiwan korban yang terdiri daripada kerbau, lembu dan kambing.

Untuk Aidiladha tahun ini, Raffi membeli haiwan korban daripada sahabat baiknya, Irfan Hakim. Raffi mengaku membeli enam ekor haiwan dengan salah seekornya disifatkan sangat istimewa.

Raffi membeli seekor kerbau Pakistan yang menurutnya mempunyai sepasang mata yang cantik. “Ini kerbau dari Pakistan, saya juga sama. Matanya cantik sangat,” kata Raffi seperti dilaporkan Kompas.

“Feeling saya lepas melihat kerbau ini, yang ada nama Khan, sama macam nama keluarga datuk saya, Khan. Saya lihat Khan, jatuh cinta terus,” katanya lagi.

Bagaimanapun tidak diketahui di wilayah mana kerbau tersebut akan dijadikan korban.

Sementara itu, Raffi menunaikan haji untuk kali kedua selepas selamat berangkat ke tanah Suci untuk melakukan ibadat sama bersama keluarganya pada tahun 2024 lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement