Skip to main content

Hiburan

Jawapan Atlet Terengganu Selepas Menang Lari 5000M Undang Pujian Ramai - “Nak Subuh Di Masjid, Sujud Syukur”

Jawapan Atlet Terengganu Selepas Menang Lari 5000M Undang Pujian Ramai - “Nak Subuh Di Masjid, Sujud Syukur”

Sekilas

  • Muhammad Fahrin Aiman dari Terengganu memenangi pingat emas acara larian 5000 meter di SUKMA Serdang.
  • Fahrin bersyukur dan merancang meraikan kemenangan dengan solat Subuh dan sujud syukur di Masjid Sendayan.
  • Selain 5000 meter, Fahrin juga berjaya meraih emas dalam acara 3000 meter lari berhalangan.
Advertisement

Atlet olahraga Terengganu, Muhammad Fahrin Aiman menyorot perhatian apabila berjaya memenangi pingat emas acara larian 5000 meter di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Serdang, Selangor pada Rabu.

Ketika ditemu bual, Fahrin menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan yang dikecapinya pada kejohanan berkenaan.

Advertisement

“Pertama sekali saya nak ucap terima kasih dan syukur kepada Allah SWT atas rezeki saya menang (emas) kedua. Dah memang target saya untuk memenangi kategori ini,” katanya.

Lebih menyentuh hati apabila dia mahu meraikan kemenangannya itu dengan menunaikan solat subuh di Masjid serta melakukan sujud syukur atas kemenangannya itu.

“Saya nak menunaikan solat Subuh di Masjid Sendayan dan menunaikan sujud syukur (atas kemenangan ini),” katanya lagi.

Video tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang memuji cara Farahin ingin meraikan kemenangannya itu.

Selain kejayaan bagi kategori larian 5000 meter itu, Fahrin turut berjaya menjadi juara merangkul pingat emas bagi acara 3000 meter lari berhalangan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement