Skip to main content

Viral

Jenama Penjagaan Diri Indonesia Cetus Kontroversi, Jojo Ghazali Enggan Boikot - “Bukanlah Isu Besar Pun…”

Jojo Ghazali

Sekilas

  • Jenama produk penjagaan diri lelaki dari Indonesia dikecam di media sosial kerana didakwa merendahkan beberapa negara termasuk Malaysia.
  • Petinju Muay Thai Malaysia, Jojo Ghazali, menerima permohonan maaf jenama tersebut dan tidak melihat isu itu sebagai masalah besar.
  • Jojo menegaskan dia akan terus menyokong jenama itu dan mengajak orang ramai bertenang serta memaafkan kesilapan yang berlaku.
Advertisement

Kecoh di media sosial mengenai sebuah jenama produk penjagaan diri dan dandanan khusus untuk lelaki daripada Indonesia yang didakwa ‘tersilap langkah’ berkongsi hantaran yang didakwa merendahkan beberapa buah negara termasuk Malaysia. 

 

Advertisement

Petinju Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali bagaimanapun tidak mempunyai masalah dengan jenama berkenaan yang sudah tampil membuat pemohonan maaf atas kekhilafan mereka. 

 

“Memang jelas team itu telah melakukan kesilapan yang agak bodoh, tetapi kita semua pun pernah buat silap. Asalkan mereka memohon maaf, saya tiada masalah dengan perkara itu.

Advertisement

 

“Sejujurnya, saya masih berpendapat jenama itu ialah jenama yang wajar disokong, tetapi terpulanglah kepada anda semua untuk menilainya. Sepanjang saya bekerjasama dengan mereka, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah. 

 

“Lagipun, saya sendiri pernah berkata dan melakukan perkara yang jauh lebih pelik, namun mereka tidak pernah memboikot saya,” kongsi Jojo menerusi hantaran di Threads. 

 

Pada hantaran yang sama, Jojo juga memberitahu dia akan terus kekal setia menyokong jenama tersebut dan menganggap apa yang berlaku bukan satu isu besar. 

 

“Saya kekal setia dengan jenama itu. Kita semua tidak lari daripada melakukan kesilapan. Asalkan kita memohon maaf, kita boleh terus melangkah ke hadapan.

 

“Ia sebenarnya bukanlah satu isu besar pun, bertenanglah semua,” kata Jojo lagi. 


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

GEESO Mini Eletric Hair Removal Epilator Women Eyebrow Trimmer Lipstick Shaver USB All Parts of Body Hair Remover for Lady 除毛器 脱毛仪

GEESO Mini Eletric Hair Removal Epilator Women Eyebrow Trimmer Lipstick Shaver USB All Parts of Body Hair Remover for Lady 除毛器 脱毛仪

Must Watch Video

Advertisement