Skip to main content

Kecantikan

Jennie Jadi Duta Vaseline Pertama dalam Tempoh 150 Tahun

Astro Gempak jennie vaseline

Sekilas

  • Jennie dari Blackpink kini rasmi menjadi duta produk kecantikan badan Vaseline dalam sejarah 150 tahun jenama itu.
  • Beliau memimpin kempen global untuk produk Gluta-Hya dan Pro Derma, memanfaatkan pengaruh besar dalam hiburan, fesyen, dan kecantikan.
  • Jennie juga terkenal sebagai wajah jenama mewah seperti Chanel, Hera, dan Calvin Klein serta aktif dalam muzik dan lakonan.
Advertisement

Bintang K Pop, Jennie terus melakar sejarah peribadi apabila rasmi menjadi duta produk kecantikan badan, Vaseline, dalam tempoh 150 tahun pengeluarannya.

Anggota Blackpink itu dipercayai memimpin kempen global terkini untuk produk Gluta-Hya dan Pro Derma, lapor The Asia Business Daily.

Advertisement

Pesohor berusia 30 tahun itu dipilih kerana pengaruh besarnya bukan hanya dalam pasaran hiburan tetapi juga fesyen dan kecantikan.

Pemilik 89 juta pengikut di Instagram dan 23.8 juta pengikut di TikTok ini disifatkan memiliki kulit yang menawan.

“Pada saya penjagaan badan sama penting dengan perawatan dan penjagaan rambut serta kulit,” ujar Jennie dalam kenyataan yang diberikan kepada media.

Advertisement

Vaseline sebelum ini tidak pernah mempunyai duta atau menggunakan selebriti untuk mempromosi produk keluarannya, namun tetap berjaya memikat hati pengguna produk kecantikan di seluruh dunia.

Selain Vaseline, Jennie terlebih dahulu telah menjadi wajah kepercayaan jenama mewah antarabangsa termasuk Chanel, Hera dan Calvin Klein.

Dia juga melakar pelbagai sejarah dalam bidang muzik dengan penghasilan album solo, Ruby serta meraih perhatian di dunia lakonan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement