Skip to main content

Hiburan

Jennifer Coppen & Justin Hubner Bertunang, Cincin Berjenama Bernilai RM34,000 Jadi Saksi

Jennifer Coppen

Sekilas

  • Pelakon Indonesia Jennifer Coppen telah mengumumkan pertunangannya dengan pemain bola sepak Justin Hubner melalui Instagram.
  • Momen pertunangan berlaku semasa majlis makan malam Krismas bersama keluarga di Belanda dengan cincin mewah bernilai kira-kira RM34,000 yang dihiasi berlian 1.02 karat.
  • Jennifer sebelum ini berkahwin dengan Dali Wassink yang meninggal dunia pada Julai 2024, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun.

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen sah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang juga pemain bola sepak, Justin Hubner.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Jennifer menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Instagram (IG).

Difahamkan, momen manis itu berlaku ketika majlis makan malam sempena Krismas bersama keluarga mereka di Belanda.

Lebih mencuri perhatian, cincin yang diberikan Justin kepada Jennifer dipercayai merupakan cincin berjenama mewah yang berharga kira-kira Rp140 juta (RM34,000).

Cincin tersebut difahamkan turut menampilkan berlian seberat 1.02 karat dengan dikelilingi 28 berlian kecil.

Sekadar info, Jennifer sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dali Wassink pada 10 Oktober 2023.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang selepas Dali meninggal dunia pada 18 Julai 2024 akibat kemalangan jalan raya.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Kamari Sky Wassink yang kini berusia setahun.

Sumber: IG Jennifer Coppen

Must-Watch Video

Advertisement