Sekilas
- Pelawak Jep Sepahtu memohon maaf kepada Shuib selepas mengambil tindakan undang-undang berikutan kenyataan yang didakwa fitnah terhadap dirinya.
- Jep menjelaskan tindakan itu diambil atas nasihat peguam kerana menganggap isu tersebut bukan sekadar sindiran tetapi fitnah yang boleh menjejaskan reputasinya.
- Shuib tampil memberi penjelasan dan memohon maaf atas kekhilafan dalam podcast yang menjejaskan dirinya, keluarga, dan perniagaannya.
Pelawak, Jep Sepahtu memohon maaf kepada Shuib selepas mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya.
Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin memaklumkan bahawa tindakan undang-undang itu telah diambil atas nasihat peguam sebelum Shuib memuat naik video penjelasan pada Khamis.
Menurut Jep, tindakan tersebut diambil kerana dia menganggap perkara yang dibangkitkan bukan sekadar sindiran, sebaliknya melibatkan fitnah yang boleh menjejaskan reputasinya.
“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.
“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH,” coretnya menerusi hantaran di Threads.

Terdahulu, Shuib akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung kemelut yang berlaku antara dirinya dan rakan seperjuangan, Jep Sepahtu, selepas hampir seminggu memilih untuk berdiam diri.
Shuib akui tempias isu itu bukan sahaja menjejaskan dirinya, malah turut melibatkan keluarga dan perniagaannya, serta telah menghubungi Jep untuk memohon maaf atas kekhilafan dalam podcast sebelum ini.