Skip to main content

Hiburan

Jerebu: Greenpeace 'Tawan' Monumen, Desak Prabowo Bertindak

Jerebu: Greenpeace 'Tawan' Monumen, Desak Prabowo Bertindak

Sekilas

  • Aktivis Greenpeace Indonesia membentangkan dua kain rentang besar di Monumen Selamat Datang, Jakarta, menuntut tindakan segera terhadap krisis iklim dan kos sara hidup yang meningkat.
  • Kajian Greenpeace menunjukkan 41% responden terkesan dengan kos makanan akibat krisis iklim, manakala nelayan dan pekerja ekonomi gig antara yang paling terjejas.
  • Protes itu berakhir dengan bantuan bomba untuk aktivis turun dari monumen, dan Gabenor Jakarta menegaskan hak bersuara perlu dihormati tanpa mengganggu ketenteraman awam.
Advertisement

Dua kain rentang gergasi dibentangkan aktivis Greenpeace Indonesia di Monumen Selamat Datang, Jakarta Pusat, pada Selasa, sebagai protes terhadap krisis iklim termasuk kebakaran hutan dan jerebu berpanjangan.

Aksi di Bundaran Hotel Indonesia (HI) itu berlangsung sempena genap dua tahun pentadbiran Presiden Prabowo Subianto dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.

Aktivis Greenpeace memanjat monumen ikonik berkenaan sebelum membentang dua kain rentang kuning yang mendesak kerajaan menangani krisis iklim dan peningkatan kos sara hidup.

Advertisement

Kain rentang pertama memaparkan mesej "Tangani Krisis Iklim, Turunkan Biaya Hidup", manakala satu lagi bertulis "Bencana Makin Parah, Hidup Makin Susah, Apa Kerja Pemerintah?"

Menurut Greenpeace Indonesia, kebakaran hutan dan tanah yang mencetuskan jerebu berpanjangan antara bencana yang semakin mengancam kesihatan serta kehidupan masyarakat.

Jurukempen Keadilan Iklim Greenpeace Indonesia, Jeanny Sirait berkata krisis ekologi bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat.

Advertisement

“Jerebu berpanjangan merupakan antara contoh nyata bagaimana krisis ekologi membebankan kehidupan masyarakat, daripada menjejaskan kesihatan sehinggalah mengganggu aktiviti ekonomi harian,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau turut mendakwa pentadbiran Prabowo-Gibran masih gagal menyediakan penyelesaian berkesan terhadap kesan krisis iklim yang semakin dirasai masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan, kajian terbaharu Greenpeace bertajuk Besok Harga Naik! mendapati 41 peratus responden melaporkan kesan krisis iklim terhadap corak penggunaan dan kos makanan.

Sebanyak 39 peratus lagi melaporkan kesan terhadap produktiviti dan pendapatan, manakala 20 peratus berdepan kesan berkaitan tempat tinggal serta kos pengangkutan.

Kajian melibatkan tiga wilayah aglomerasi di Pulau Jawa itu turut mengenal pasti nelayan dan pekerja ekonomi gig antara golongan paling terdedah kepada kesan krisis iklim.

Bagaimanapun, menurut perkongsian seorang pengguna platform Threads, kain rentang gergasi berkenaan diturunkan beberapa jam selepas aksi protes berlangsung.

Media tempatan turut melaporkan pasukan bomba membantu aktivis turun dari monumen menggunakan sistem tali keselamatan, manakala seorang aktivis menerima pemeriksaan kesihatan selepas kelihatan lemah.

Sementara itu, Gabenor Jakarta, Pramono Anung menegaskan hak rakyat untuk menyuarakan pendapat perlu dihormati, namun demonstrasi tidak seharusnya mengganggu ketenteraman awam.

Greenpeace Indonesia turut mendesak kerajaan melaksanakan dasar iklim lebih berkesan bagi melindungi kesejahteraan rakyat daripada ancaman bencana dan peningkatan kos sara hidup.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement