Skip to main content

Hiburan

“Jiwanya Sudah Lama Menyerah, Tetapi Raganya Tetap Berjuang” - Elyana

Elyana

Sekilas

  • Elyana berkongsi keadaan terkini selepas menjalani kemoterapi kali ke lapan bagi melawan kanser limfoma yang dihidapinya.
  • Walaupun jiwanya sudah penat, Elyana tetap berjuang dan mengakui tidak mampu berpura-pura kuat sepanjang masa.
  • Sejak 2010, Elyana menghidap kanser dan pernah diberitahu hanya mampu hidup setahun, namun dia terus tabah demi keluarga dan anak-anaknya.

Penyanyi, Elyana menyorot perhatian apabila berkongsi keadaan terkininya selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi kitaran ke lapan menerusi Instagram (IG).

Menerusi perkongsian dibuat, Elyana yang memuat naik foto dirinya di katil hospital seakan memberi bayangan bahawa dirinya sudah lelah melawan kanser limfoma yang dihidapnya.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Kalis Rindu ini memaklumkan dia perlu berjuang meskipun sudah lama menyerah.

“Kitaram kemoterapi ke lapan. Jiwanya sudah lama menyerah, tetapi raganya tetap berjuang,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Elyan turut berkongsi bahawa dia tidak lagi mampu untuk berpura-pura kuat menempuhi segala dugaan dalam hidupnya.

“Aku tidak sekuat itu, aku tidak seceria itu, aku tidak sesabar itu dan aku tidak boleh terus berpura-pura.

“Aku juga manusia sama seperti kamu. 
Bolehkah sesekali aku menangisi semua hal-hal berat yang terjadi di hidup ku?,” luahnya.

Pada 2017, Elyana mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat.

Menurut Elyana, dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja. 

Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 16 tahun. 

Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani dan seorang anak angkat istimewa bernama Tulus.

Sumber: Instagram Elyana

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement