Sekilas
- Imranul Effendy, yang dikenali sebagai penari lagu Jodoh Lebaran, bakal mencuba nasib dalam bidang lakonan sebagai watak antagonis.
- Perkongsian Imran di platform Threads mendapat sambutan hangat daripada netizen yang tidak sabar untuk melihat bakat lakonannya.
- Imran sebelum ini mendapat pujian ramai kerana persembahannya yang santai dan natural dalam muzik video Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno.
Personaliti media sosial, Imranul Effendy yang popular sebagai penari lagu Jodoh Lebaran sekali lagi menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Imran berkongsi dirinya bakal muncul dengan satu projek baharu yang melibatkan dirinya dalam dunia lakonan.
“Ready dah ke nak tengok Jodoh Lebaran jadi antagonis,” tulisnya.

Disebabkan perkongsian itu juga, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat bakat Imran dalam bidang lakonan.
Malah mereka juga turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya selain memuji Imran mempunyai pekej lengkap sebagai seorang anak seni.

Terdahulu, Imran mula mendapat perhatian selepas muncul dalam muzik video, Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno.
Netizen memuji persembahan Imran yang dilihat berjaya menghidupkan karakternya, walaupun dengan gaya yang santai tetapi tetap menyerlah.
Selain itu, netizen juga menyatakan Imran tidak berlebihan mahu pun ‘try hard’ untuk terlalu menonjol.
Sumber: Threads @imrnuleffendy