Skip to main content

Hiburan

Jofliam Kongsi Gambar Kek, Mengaku ‘Mengidam’… Netizen Syak Isteri Hamil - “Kenapa Saya Kena Menanggung…”

jofliam

Perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam di Instagram menjadi perhatian selepas dia memuat naik foto memaparkan sepotong kek creme brulee.

Apa yang mencuri tumpuan, Jofliam berseloroh seolah-olah dirinya pula yang berdepan alahan seperti orang mengandung.

Advertisement

“Ya Allah, kenapa saya yang kena menanggung mengidam ni,” tulisnya di InstaStory.

Tindakannya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mula berspekulasi bahawa isterinya, Dewi, mungkin sedang berbadan dua.

“Bibik Yati confem mengandung kan? Sebab Samtot kata dia mengidam.

“Over naw la Tot. Serupa bini dia sorang pregnant. Dah hari-hari dok mengidam mengidam.

“Selagi tak nampak perut berisi tak payah percaya.

“Alaaa dia saje nak perhatian,” komen beberapa netizen. 

Terdahulu, Jofliam dan Dewi selamat bernikah pada awal April lalu.

Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh terkenal, Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.

Namun, pasangan itu berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun bersama.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement