Skip to main content

Hiburan

Jofliam Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama Bersama Dewi - “Terima Kasih Ya Allah”

Astrogempak JOFLIAM

Sekilas

  • Usahawan dan personaliti media sosial, Jofliam, telah selamat menimang cahaya mata ketiga bersama isteri, Emira Delyati Dewi.
  • Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jofliam di Instagram Stories dengan menyatakan rasa syukur dan memberi bayangan nama anak mereka agak panjang.
  • Jofliam mendirikan rumah tangga dengan Emira pada 5 April 2025, selepas berpisah dengan isteri terdahulu, Cik Epal, dengan siapa beliau mempunyai dua anak.

Usahawan dan personaliti media sosial, Jofliam, selamat menimang cahaya mata pertama bersama isterinya, Emira Delyati Dewi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jofliam menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya.

“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya ringkas. 

Bagaimanapun, Jofliam tidak berkongsi lanjut mengenai jantina anak ketiganya itu. 

Pada masa sama, Jofliam turut memberi bayangan mengenai nama anak mereka yang dikatakan agak panjang.

“Nama kali ini panjang sikit merangkap anak ketiga,” tambahnya.

Terdahulu, Jofliam mendirikan rumah tangga bersama Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025.

Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah berkahwin dengan Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki. 

Namun, selepas 10 tahun bersama, pasangan tersebut disahkan berpisah.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement