Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn mendedahkan pernah menghantar anak lelakinya, Sodiq dan Haziq gara-gara tidak mahu berkongsi barangan bersama ahli keluarga.
Jelas Johan, tindakan itu diambil sebagai salah satu cara untuk dia mendidik anak-anaknya itu.
“Dia tak boleh berkongsi. Dengan adik-beradik pun tak boleh. Makan tak boleh kongsi, sudu tak boleh kongsi, air pun tak boleh kongsi.
“Ini bukan hukuman untuk menjatuhkan mereka, tapi untuk kesedaran dan pembelajaran diri. Supaya mereka faham bagaimana rasanya berkongsi dan menghargai,” katanya.
Dalam pada itu, Jozlynn juga berkongsi tindakan tersebut telah mengejutkan pihak rumah anak yatim sehingga menarik perhatian ustaz yang menguruskan tempat berkenaan.
“Ustaz tu sendiri tanya, kenapa hantar anak ke rumah anak yatim. Sampai ustaz pun pening,” katanya berseloroh.
Hiburan
Johan & Ozlynn Hantar Anak Masuk Rumah Anak Yatim Gara-Gara…