Skip to main content

Hiburan

John Lemon Mohon Maaf, Nafi Sombong Ketika Sertai Acara Larian - “Saya Tak Balas Teguran Sebab Sedang Menahan…”

John Lemon

Sekilas

  • Azri Zahier Azmi atau John Lemon memohon maaf selepas didakwa sombong ketika menyertai Langkawi International Half Marathon 2025.
  • Dia menjelaskan sikap acuh tak acuh itu disebabkan sedang menahan kencing sejak kilometer ke-3 sehingga mengganggu fokus larian.
  • John Lemon turut berterima kasih atas sokongan dan memohon maaf jika tindakannya menyinggung perasaan peserta lain.

Pempengaruh dan usahawan, Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali sebagai John Lemon membuat permohonan maaf selepas dia didakwa bersikap sombong sewaktu menyertai acara larian Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2025, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azri memaklumkan dia tidak sengaja untuk bersikap acuh tak acuh dengan sapaan beberapa peserta lain ketika berlari.

Perjelas Azri, ketika itu dia sedang bergelut untuk menahan rasa kencing yang teramat sangat sehingga membuatkan dirinya tidak dapat memberi sepenuh fokus terhadap larian.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada semua yang menyapa saya waktu sedang berlari di LIHM tadi.

“Saya diam dan tak balas teguran anda semua kerana saya sedang menahan pundi kencing saya yang dihujung nyawa seawal kilometer ke-3.

“Selepas saya melepaskan empangan itu pada km10, yang mengambil masa yang sangat lama, saya perlu fokus mengejar target saya pula. Macam-macam bermain di fikiran ketika itu terutamanya kiraan pace vs jarak yg berbaki,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, John yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom itu turut menzahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima sepanjang penyertaannya di acara larian tersebut.

Dia juga memohon maaf jika ada yang berkecil hati dengan tindakannya yang kelihatan seperti tidak mesra.

“Sumpah, sokongan dan dorongan anda semua menjadi penguat semangat saya selama ini.

“Saya mohon ampun dan maaf kalau ada yang terguris hati dengan tindakan saya tadi. Jumpa lagi di lain hari,” katanya.

Posting John Lemon

 

Sumber: IG John Lemon

Must-Watch Video

Advertisement