Skip to main content

Hollywood

Jon Bon Jovi Henti Konsert Secara Mengejut Sebab Resdung

Jon Bon Jovi Henti Konsert Secara Mengejut Sebab Resdung

Sekilas

  • Konsert Jon Bon Jovi di Madison Square Garden terpaksa dihentikan lebih awal selepas 90 minit kerana penyanyi itu mengalami jangkitan sinus.
  • Bon Jovi berjanji akan menjadualkan semula konsert dan memohon peminat menyimpan tiket mereka.
  • Penyanyi legenda ini baru sahaja pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan pita suara dan kembali membuat persembahan di pentas besar.
Advertisement

Konsert Jon Bon Jovi di Madison Square Garden (MSG), New York pada Khamis berakhir lebih awal apabila legenda rock itu terpaksa meninggalkan pentas selepas membuat persembahan selama kira-kira 90 minit.

Persembahan tersebut merupakan konsert kelapan dalam siri jelajah Forever Tour. Suasana tiba-tiba bertukar hibachi apabila Bon Jovi memaklumkan dua tidak mampu meneruskan persembahan.

Advertisement

"Simpan tiket anda. Jangan buang. Saya akan usahakan supaya konsert ini dijadualkan semula.

"Saya cuma perlu berehat malam ini. Saya rasa baik, jumpa anda semua lagi nanti," katanya sebelum melambai kepada peminat dan meninggalkan pentas lapor People.

Menurut wakil Bon Jovi, konsert itu terpaksa dihentikan kerana penyanyi berusia 64 tahun itu sedang mengalami jangkitan sinus atau resdung.

“Bon Jovi memaklumkan kepada peminat dia sedang melawan jangkitan sinus yang menyebabkan tidak dapat meneruskan persembahan.

“Maklumat mengenai penjadualan semula konsert akan diumumkan dalam masa terdekat," kata wakil artis tersebut.

Siri konsert di Madison Square Garden ini cukup bermakna buat Bon Jovi kerana ia menandakan kemunculannya semula di pentas besar selepas menjalani pembedahan pita suara beberapa tahun lalu.

Pada 2024, penyanyi itu pernah mengakui dia ragu-ragu sama ada mampu kembali menyanyi secara konsisten selepas menjalani pembedahan bagi memulihkan pita suara yang rosak.

Selepas menamatkan jelajah pada 2022, Bon Jovi menjalani prosedur khas dikenali sebagai vocal cord medialization bagi merawat masalah tersebut.

Menurutnya, dia sentiasa menjaga kesihatan vokal sepanjang bergelar penyanyi.

"Saya tidak pernah melakukan perkara yang boleh merosakkan pita suara. Saya seorang penyanyi yang terlatih dan sentiasa menjaga teknik nyanyian,” akuinya.

Bon Jovi turut mendedahkan doktor memaklumkan salah satu pita suaranya mengalami penyusutan fungsi, namun pembedahan yang dijalani berjaya memulihkan keadaan itu.

"Saya kini pulih sepenuhnya. Proses pemulihan mengambil masa lebih lama daripada yang saya sangka, tetapi hasilnya sangat berbaloi,” katanya lagi.

Ditubuhkan pada tahun 1983 di New Jersey, Bon Jovi terus dikenali sebagai antara kumpulan rock paling berpengaruh dengan deretan lagu hit seperti You Give Love A Bad Name, Livin' On A Prayer, Wanted Dead or Alive dan It's My Life yang masih menjadi kegemaran peminat di seluruh dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement